Assalamualaikum wmt wbt
dan Salam Ceria dari saya pada hari Jumaat yang penuh barakah ini.
Pada 28hb April 2016,
Satu pengumuman yang telah lama ditunggu-tunggu oleh seluruh dunia khususnya rakyat Malaysia berikutan pengunduran Tan Sri Dato’ Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia sejak tahun 2000.
Beliau adalah antara gabenor yang paling lama berkhidmat di institusi paling berpengaruh di dalam Malaysia.
Selama 16 tahun khidmat beliau, pastinya banyak jasa dan kenangan yang telah beliau curahkan kepada negara kita yang di cintai ini.
Pada 1 Mei 2016, akan bermulalah khidmat Datuk Muhammad Bin Ibrahim yang juga Timbalan Tan Sri Zeti sebelum ini menerajui kapal perbankan Malaysia untuk memacu ke arah yang lebih cemerlang lagi.
Insyallah.
Kita sama-sama ucapkan tahniah kepada Datuk Muhammad Ibrahim, dan kita doakan agar beliau akan dapat membawa negara Malaysia ke arah yang lebih cemerlang. Aminn
Tak kenal maka tak cinta kan !
Di bawah ini, saya masukkan Infografik Gabenor baru BNM yang mungkin akan dapat memberi gambaran lebih jelas siapakah beliau ini.
Kredit infografik ini kepada Astro Awani :
Setelah pengumuman,
Saya cuba menyelak chart yang ada kaitan dengan ekonomi Malaysia
dan saya ingin sharekan di sini chart KLCI dan nilai ringgit Malaysia yang saya catatkan pada 29 April 2016.
Di atas ini adalah chart KLCI , index saham Malaysia yang mencatatkan penurunan drastik sejak 3 hari lepas.
Penurunan sebanyak lebih 50 mata setakat ini daripada index yang saya perkatakan di dalam posting sebelum ini iaitu telah tersekat pada 1720 mata hampir 2 bulan.
Posting saya bertarikh 19hb. April 2016 yang berdebar menantikan pengumuman penting. KLIK di sini.
Di bawah ini, kita lihat pula perbandingan currency Malaysia berbanding dengan Dollar Amerika .
Julat selitar 3.85 – 3.95 yang telah berlangsung selama 21 hari dan masih mencari arah tujuan nya.
Buat masa ini, chart USD/MYR masih dalam keadaan tiada trend.
Mungkin selepas ini, kita akan lihat kesan perlantikan Gabenor baru Malaysia kepad dunia (jika ada impak yang ketara).
Paling kurang segala spekulasi tentang Gabenor baru telah terurai.
Sama-sama kita mendoakan agar negara yang kita cintai ini akan maju dan berjaya .
Salam hormat, moga coretan ini bermunafaat.
Ir Sofian