Ragam Pelabur Emas

Dalam bidang pelaburan emas ni, bermacam-macam ragam dan kerenah yang boleh anda lihat pada pelabur-pelabur emas ni.

Bagi saya yang sudah 7 hingga 8 tahun terlibat dalam pelaburan emas ni, saya sendiri melihat bagaimana kerenah, perangai dan sikap pelabur emas di Malaysia ni yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada dunia pelaburan emas Malaysia.

#1 Tiada ilmu tentang pelaburan emas

Ramai di antara pelabur emas sebenarnya tidak mempunyai ilmu tentang pelaburan emas. Perkara ini yang menyebabkan peratusan kerugian dalam pelaburan emas meningkat akibat tindakan pelabur-pelabur emas ini yang melabur tanpa ilmu.

Membuat satu pelaburan tanpa ilmu umpama meletakkan diri anda dihujung tanduk. Sebabnya setiap pelaburan sememangnya mempunyai risiko lebih-lebih lagi pelaburan emas. Risikonya amat tinggi.

Oleh itu, saya sarankan kepada anda di luar sana yang ingin mula melabur dalam emas atau yang sudah pun melabur dalam emas agar dapatkan ilmu tentang emas dan asas pelaburan emas dari pihak yang pakar. Kerana ilmu-ilmu ini lah yang akan membantu anda daripada mengambil keputusan yang salah di dalam pelaburan nanti.

 

#2 Mengikut kawan

Selain itu, ramai juga pelabur emas yang melabur di dalam emas sebab mengikut kawan-kawan mereka. Apabila melihat kawan mereka melabur di dalam emas, mereka pun tergerak untuk ikut sama melabur.

Namun, ada dua kemungkinan daripada tindakan mereka ini iaitu sama ada pelaburan mereka berjaya ataupun gagal. Sekiranya mereka mendapat tunjuk ajar tentang bagaimana untuk melabur emas dari kawan mereka ini, mungkin mereka boleh berjaya dalam pelaburan emas.

Tapi, bagi mereka yang mengikut jejak langkah kawan untuk melabur, tetapi tidak mendapatkan ilmu yang betul dan secukupnya, mungkin mereka akan kecundang di tengah jalan. Sebabnya, di dalam pelaburan emas ni anda tidak boleh tersalah langkah.

Selain itu, ada juga kemungkinan yang ketiga akan berlaku sekiranya mereka mengikut kawan mereka melabur dalam emas. Kes ni special di mana pelabur emas dan rakannya sama-sama mengalami kerugian akibat melabur dalam syarikat skim pelaburan emas.

Kes special ni biasa berlaku, dan sudah banyak kali berlaku. Sudah terlalu banyak saya lihat di depan mata saya. Namun, tiada kesudahannya.

 

#3 Bersikap tamak

Ramai juga pelabur emas yang bersikap tamak. Tamak yang bagaimana? Mereka ni jenis pelabur yang terlalu ingin cepat kaya. Kalau boleh nak labur dan untung bulan-bulan.

Anda sendiri pun tahu kan, bahawa pelaburan emas yang untung bulan-bulan ni cuma ada pada skim pelaburan emas saja. Bagi pelaburan emas fizikal yang sebenar, tiada istilah untung bulan-bulan kerana pelaburan emas fizikal tidak menjanjikan keuntungan dalam jangka masa yang singkat.

Oleh sebab sikap tamak pelabur ini lah yang menyebabkan skim-skim pelaburan emas masih ada hingga searang ini. Ia tidak akan berpenghujung selagi masih ada pelabur yang nak kaya cepat, yang nak untung besar, yang nak untung banyak, dan tidak reti bersabar.

#4 Tidak tahu bila waktu sesuai untuk jual emas

Ada juga pelabur emas yang tidak tahu bilakah waktu yang sesuai untuk mereka jual emas. Ada yang jual semasa harga emas masih lagi dalam keadaan menurun. Malah ada yang ingatkan mereka mengalami kerugian apabila harga emas dunia turun.

Ini juga punca yang menyebabkan mereka mengalami kerugian di dalam pelaburan emas. Kerana ada yang berprasangka dan was-was apabila harga emas turun.

Untuk pengetahuan anda, harga pasaran semasa emas sememangnya ada turun dan naiknya. Tetapi untuk jangka panjang ia memang akan sentiasa meningkat. Jadi, anda tidak perlu risau dengan keadaan turun naik harga emas ini.

Ada juga yang bertanyakan kepada saya sebelum mereka menjual emas mereka. Seperti biasa, saya akan berikan cadangan berdasarkan keadaan pasaran emas. Macam waktu sekarang ni, belum sesuai lagi untuk anda jual emas. Sebabnya mengikut analisis saya, harga emas akan naik lebih tinggi lagi berbanding harga emas tertinggi sebelum ini.

#5 Melabur modal kecil

Ada juga jenis pelabur emas yang melabur dengan modal yang kecil. Mereka ini terdiri daripada dua kategori iaitu kategori pelabur yang baru nak berjinak-jinak atau bermula dalam dunia pelaburan emas, tetapi modal mereka tidak banyak sangat.

Dalam erti kata lain, mereka bukan dari golongan orang yang berada, seperti suri rumah, pelajar, pekerja kerajaan atau swasta yang tidak mempunyai gaji yang lumayan, peniaga kecil-kecilan, dan ramai lagi golongan sebegini yang cuba survive untuk hidup dalam keadaan ekonomi yang sangat sukar kini.

Mereka nak melabur dalam emas sebab nak ubah cara hidup, nak kumpul sedikit demi sedikit kekayaan, nak tampalkan kebocoran wang yang berlaku tiap bulan, dan mereka juga nak kekalkan kekayaan mereka walaupun sedikit sahaja.

Manakala, kategori yang kedua adalah pelabur emas yang konsisten membeli emas dengan modal yang kecil seperti setiap bulan mereka membeli emas 1 gram, 2 gram atau 5 gram sahaja.

Jika dihitung-hitung, mungkin sahaja modal pelaburan mereka telah meningkat dan semakin besar, tetapi ianya tetap dikira melabur modal kecil apabila pelabur-pelabur ini hanya membeli emas dengan modal yang kecil setiap bulan.

#6 Melabur Modal Besar

Selain itu, ada juga pelabur emas yang melabur dengan modal yang besar. Mereka ini tergolong dalam golongan berada seperti usahawan dan businessman. Setiap kali melabur, mereka akan beli emas yang 100 gram ke atas.

Ada yang beli 100 grams setiap bulan, dan ada juga yang beli terus 1 kilo sebulan. Ianya bergantung kepada keadaan kewangan dan keuntungan yang mereka perolehi.

Mereka ini adalah jenis pelabur emas yang cuba untuk menukarkan kekayaan wang ringgit mereka kepada emas bagi mengekalkan hasil kekayaan mereka. Bukan sahaja emas mampu mengekalkan kekayaan mereka, bahkan emas juga turut melindungi kekayaan mereka dari inflasi akibat krisis ekonomi.

.

.

Sebenarnya, bermacam-macam lagi ragam dan kerenah pelabur emas ni. Sekiranya anda terlibat dalam pelaburan emas, perangai anda dalam pelaburan emas juga menjadi salah satu ragam pelabur emas.

Anda rasa, mana satukah kerenah pelabur emas di atas ini yang anda ada?

Apa pun kerenah anda, saya cuma berharap anda mampu jadi pelabur emas yang berilmu dan bijaksana.

.

.

Anda boleh dapat info tentang emas dengan picit tajuk di bawah ini:

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.