Saya berkesempatan bercuti ke Cape Town, Afrika Selatan pada bulan Mei lepas.

Saya terbaca satu artikel ekonomi yang menarik perhatian saya berkenaan dengan pasaran Emas dan Platinum yang menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Afrika Selatan yang mana ia juga merupakan sumber penyumbang utama kepada pengeluaran di dunia.

 

Ini keratan akhbar Sunday Times (Business Times), bertarikh 22 Mei 2016 yang saya sebutkan di atas.

 

south africa afrika selatan #gold platinum #irsofian #ajl #akademijl Ir Sofian

 

Kita semua maklum bahawa harga Emas, Silver, dan Platinum dan lain-lain metal yang dikategorikan sebagai ‘precious metal’ telah jatuh harganya sejak tahun 2011 dan sehinggalah tahun lepas barulah menampakkan sinar kenaikan semula harga bahan berharga tersebut.

 

Apabila harga dunia Emas jatuh, ia bukan sahaja memberi kesan kepada penurunan index harga Emas akan tetapi ianya lebih memberi kesan kepada industri perlombongan di negara-negara pengeluar seperti Afrika Selatan dan lain-lain lagi.

Justeru, situasi ini akan memberi kesan kepada ekonomi Afrika Selatan sebagai pengeluar utama, sebagai contoh, penurunan drastic harga emas ke bawah paras $1100/oz mengakibatkan penurunan kadar KDNK untuk sektor perlombongan daripada 14.7% pada tahun 1994 kepada 7.5% pada tahun 2015.

 

Kita dapati penurunan secara konsisten GDP Afrika Selatan selama 20 tahun! Dari tahun 1994 ke tahun 2015. (anda boleh kepada data di atas)

 

Tapi ….

 

Apa yang berlaku tahun ini ?

Tahun 2016 adalah tahun sinar yang boleh membawa senyuman kepada Afrika Selatan.

 

Peningkatan permintaan kepada Emas semakin meningkat, dan menurut catatan dari awal tahun 2016 sehingga ke tarikh 20hb Mei 2016, kenaikan indeks perlombongan sektor ini telah meningkat sebanyak 25%. Ianya sesuatu yang sangat memberangsangkan dan dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi.

 

Dengan perkembangan positif ini, ramai pelabur sudah semakin yakin dan ditambah dengan kestabilan bekalan pekerja mahir dan juga di aspek perundangan dan patuhcara di Afrika Selatan ini sendiri.

 

Persoalan yang pastinya timbul, mengapa setelah sekian lama harga Emas jatuh, baru sekarang ia naik kembali?

 

Saya ingin memetik kata-kata dari Investec bahawa, Ini adalah kesan daripada kesedaran global bahawa wang tidak boleh menjamin kekuatan ekonomi selain daripada menjadikan Emas sebagai ‘Safe Haven’.

 

Bila dirujuk kepada pelabur dari China, mereka sudah tidak begitu yakin dengan pasaran saham China dan pembangunan China secara langsung. Manakala pelabur dari Amerika pula risau tentang ketidakpastian apabila Donald Trump pemilihan sebagai Presiden. Disebabkan ini ramai pelabur mula memilih untuk membeli stok emas sebagai pelindung kekayaan mereka. Di Jerman pula situasinya, jika mahu kepastian keselamatan untuk menyimpan wang di bank, mereka akan dikenakan caj, ini juga penyumbang kepada kenaikan harga Emas kerana ramai memilih untuk menyimpan stok Emas di sana.

 

Saya melihat ini sebagai satu informasi yang menarik dan penting kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya mereka yang ingin membuat pelaburan Emas.

 

‘Setiap KRISIS adalah membuka PELUANG’. Jika dunia mula nampak peluang dengan pelbagai faktor persekitaran ini, anda pula bagaimana? Masih

 

Oleh itu saya sarankan kepada anda yang hendak menceburi pelaburan Emas samada Emas fizikal mahupun trading dalam saham emas. Ini adalah signal yang bagus untuk anda yang belum menceburinya dan pastinya anda yang pernah terlibat di dalam pelaburan emas dan pernah merasai kerugian sebelum ini boleh mencari peluang bagaimana untuk membuat wang kembali menerusi situasi ini.

 

Saya akan kongsikan dengan anda tentang kerancakan kenaikan ini di dalam posting seterusnya dan jangan ketinggalan untuk menyertai program Trade Gold for Money yang dianjurkan oleh Akademi JL.

Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Trade Gold For Money yang saya maksudkan diatas.

 

Di dalam program ini, saya akan kongsikan kaedah yang terbukti berkesan dan anda boleh mula menjana pendapatan sejuru selepas habis program selama satu hari ini. Antara perkara penting yang saya akan kongsikan adalah :

  1. Begaimana untuk mengenalpasti arah market dengan mudah samada ianya sedang uptrend, down trend ataupun side way
  2. Bagaimana untuk mengenalpasti ‘masa’ yang tepat untuk masuk dan keluar dari dalam pasaran
  3. Bagaimana untuk tahu SOP (standard operation procedure) yang anda telah untung untuk dapat untung yang dikehendaki.

Nanti kita jumpa ye !

Salam hormat dari saya,

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.