Nak Melabur Emas?
Sekiranya anda ingin membuat pelaburan dalam emas, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum membuat pelaburan.
Perkara ini penting supaya anda tidak melakukan kesilapan dalam pelaburan anda. Oleh itu, saya sarankan kepada pelabur-pelabur emas yang baru nak menceburi bidang pelaburan emas ini agar hadamkan dahulu ilmu tentang pelaburan emas ini.
Semua ini adalah untuk persiapan diri anda dalam menjadi pelabur emas yang berjaya.
#1 Harga Emas Semasa
Harga emas semasa atau dipanggil Spot Price adalah harga bagi emas yang diperdagangkan diperingkat antarabangsa dan menjadi rujukan bagi satu dunia.
Sebelum anda membuat pelaburan emas, anda haruslah tahu macam mana nak tengok spot price bagi emas ni. Dari sini, anda boleh nilai sama ada harga emas dalam keadaan menaik atau menurun. Ilmu ini penting untuk anda ketahui bilakah waktu yang sesuai untuk anda membeli dan menjual emas anda.
Sekiranya anda dapati harga emas dalam keadaan rendah, atau sedang menurun, anda boleh membuat pelaburan dengan lebih besar. Pelaburan yang lebih besar dalam emas ini membantu anda untuk memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan emas kelak.
#2 Ketulenan Emas
Sebagai pelabur emas, anda juga harus ambil tahu ilmu tentang bagaimana nak mengenalpasti ketulenan emas. Oleh sebab dunia sekarang ni dah ada bermacam-macam ragam orang yang cuba untuk mengaut keuntungan dari hasil penipuan, maka anda harus mengambil langkah berhati-hati agar tidak tertipu dengan kewujudan emas palsu.
Mungkin anda lihat harga emas tersebut terlalu murah dari harga emas semasa ialah satu peluang untuk anda beli dengan murah, tetapi cuba berfikir dengan teliti dan waras adakah harga tersebut masih relevan?
Oleh itu, ujikaji terhadap ketulenan emas harus dijalankan sebelum anda membuat pelaburan. Ujikaji paling ringkas dan mudah ialah dengan menggunakan magnet. Sekiranya emas tersebut melekat pada magnet tersebut, ini bermakna emas tersebut tidak tulen.
Anda juga boleh menggunakan mesin densimeter untuk melihat karat bagi emas tersebut. Sekiranya ketulenan emas tersebut sudah disahkan, anda sudah boleh membeli emas tersebut dengan hati yang tenang.
#3 Scammer Emas
Selain itu, anda juga harus mempunyai ilmu tentang sindiket dan modus operandi scammer emas. Oleh sebab sekarang ni ada bermacam-macam scammer emas yang buatkan ramai pelabur emas menanggung kerugian yang teruk, anda harus ambil langkah berjaga-jaga supaya tidak terjebak dalam pelaburan scammer emas ni.
Ilmu tentang scammer emas ni sangat penting supaya anda dapat mengenalpasti pelaburan emas manakah yang mempunyai ciri-ciri scammer ini seperti menjanjikan pulangan keuntungan setiap bulan, meminta tempoh beberapa bulan hanya untuk penghantaran emas, menyatakan bahawa pelaburan emas mereka tiada kerugian dan 100% tidak berisiko.
Ini semua adalah antara ciri-ciri scammer. Oleh itu, anda harus penuhkan ilmu di dada tentang scammer emas ini supaya anda dapat meneglakkan diri dari ditipu oleh mereka. Kerana penipuan scammer ini mampu membuatkan hidup anda merana dan derita.
#4 Perbezaan Antara Emas Fizikal & Akaun Pelaburan Emas
Pelaburan emas fizikal dan akaun pelaburan emas adalah dua perlaburan yang berbeza. Oleh itu, anda harus tahu tentang kedua-dua pelaburan emas ini yang mana satu mendatangkan keuntungan kepada anda.
Sekiranya anda melakukan pelaburan dalam emas fizikal, anda hanya melabur dalam emas fizikal yang anda boleh pegang dan simpan. Ianya milik anda sepenuhnya.
Tetapi, pelaburan melalui akaun pelaburan emas pula merupakan pelaburan emas yang dibuat di bank-bank tertentu. Anda akan membeli emas di bank dengan harga semasa, tetapi anda tidak akan dapat memegang emas tersebut. Hanya slip pelaburan atau buku pelaburan sahaja yang anda perolehi. Tiada emas yang akan dikeluarkan.
Oleh itu, ia umpama anda hanya membeli buku simpanan yang mempunyai angka pelaburan sahaja. Anda tidak akan dapat emas tersebut ditangan. Bagi saya, akaun pelaburan emas yang dibuat oleh bank-bank adalah pelaburan yang tidak menguntungkan sepertimana emas fizikal.
#5 Tempat Beli, Jual & Simpan Emas
Dalam pelaburan emas, anda juga harus tahu di mana tempat untuk anda beli dan jual balik emas anda. Anda juga harus tahu tempat mana yang sesuai untuk anda simpan emas yang anda telah beli. Ianya penting lebih-lebih lagi jika pelaburan yang anda lakukan besar.
Selain itu, ketiga-tiga tempat ni penting untuk anda ketahui supaya anda dapat memaksimumkan keuntungan anda. Seperti tempat pemilihan untuk anda beli dan jual emas haruslah mengikut kadar nilai spread dan premium yang terbaik. Bagaimanakah kadar spread dan premium yang terbaik dalam pelaburan emas?
Anda harus pilih nilai spread yang bawah dari 7% dan nilai premium bawah dari 8%. Sekiranya anda menjumpai pengedar emas yang mempunyai kadar spread dan premium yang rendah, sudah tentu anda akan dapat memaksimakan keuntungan anda dalam pelaburan emas ni.
Tambahan lagi, pemilihan tempat beli emas juga adalah penting. Seeloknya anda pilih pengedar emas yang sudah mempunyai reputasi yang tinggi dan baik.
Selain daripada tempat untuk beli dan jual emas, anda juga harus tahu di manakah tempat yang selamat untuk anda simpan emas anda. Anda boleh simpan di rumah, beli peti keselamatan sendiri atau anda simpan di bank atau syarikat swasta yang menawarkan sewaan peti keselamatan dengan upah yang rendah.
#6 Jenis Emas Untuk Pelaburan
Sebelum melakukan pelaburan emas, anda juga harus mempunyai ilmu tentang jenis emas yang bagaimanakah sesuai untuk anda buat pelaburan.
Adakah emas perhiasan seperti rantai dan gelang sesuai untuk anda buat pelaburan?
Sekiranya anda ingin membuat pelaburan yang menguntungkan dan memaksimakan keuntungan anda, seeloknya anda elakkan daripada membeli emas perhiasan kerana emas perhiasan mempunyai nilai spread yang tinggi.
Jenis emas yang sesuai untuk pelaburan adalah emas bar atau syiling emas kerana kedua-duanya mempunyai nilai spread yang rendah. Selain itu, kos pembuatan emas tersebut juga lebih rendah berbanding emas perhiasan.
Tambahan pula, lebih besar emas yang anda beli, maka lebih rendah harga emas yang anda akan dapat bagi setiap gram.
#7 Manipulasi Ar-Rahnu
Sebelum membuat pelaburan emas, anda juga haruslah tahu tentang cara untuk memanipulasikan Ar-Rahnu bagi menjana lebih banyak emas.
Teknik ini boleh dipelajari sebelum anda melabur lagi. Dari situ anda sudah mula boleh merancang bagaimanakah sistem yang anda ingin gunakan ketika membuat pelaburan nanti.
Sekiranya anda sudah mengetahui cara yang betul untuk memanipulasikan ar-rahnu, anda boleh menjana lebh keuntungan dengan menambahkan lagi pelaburan emas anda tanpa perlu mengeluarkan modal pelaburan. Bahkan anda juga boleh mempelbagaikan aset yang lain seperti hartanah.
Ketujuh-tujuh perkara ini wajib anda tahu sebelum anda memulakan pelaburan emas anda kerana ianya akan membantu melancarkan pelaburan anda. Selain itu, anda juga dapat memaksimakan keuntungan dan mengelakkan kerugian daripada ditipu kerana tidak cukup ilmu.
Hanya pelabur yang bijak sahaja akan mengambil tindakan dan mengumpulkan ilmu-ilmu sebelum melangkah ke dalam bidang pelaburan emas ini.
Bijakkah anda??
.
.
Dapatkan info tentang emas dengan picit tajuk di bawah ini: