Langkah Melabur Dalam Emas

Jika sebelum ini saya sudah menceritakan kepada anda tentang ilmu asas pelaburan emas fizikal, hari ini saya ingin berkongsikan kepada anda tips rahsia bagaimana untuk anda melangkah masuk melabur dalam emas ni.

Pelaburan emas ini sebenarnya mudah sahaja sekiranya anda ikut peraturan dan langkah yang disediakan. Kalau anda buat semberono, bukan setakat pelaburan emas, pelaburan lain pun anda akan lingkup.

Jom kita selami langkah-langkah melabur dalam emas ni.

#1 Dalami ilmu pengetahuan

Anda perlu dalami ilmu pengetahuan berkenaan emas fizikal, pelaburan emas fizikal, cara-cara melabur, teknik dan cara memaksimakan keuntungan,  dan segala yang berkait dengan pelaburan emas fizikal ini anda wajib hadam terlebih dahulu.

Ini merupakan langkah pertama bagi anda yang ingin melabur dalam emas. Sekiranya anda sudah pernah baca posting-posting saya yang sebelum ini berkenaan emas fizikal, anda juga sudah banyak mencari info-info di google,  dan anda telah menghadiri seminar berkenaan pelaburan emas, ini bermakna anda sudah boleh melepasi langkah pertama ini.

Anda juga boleh mencari buku pelaburan emas fizikal yang terjual di mana-mana kedai buku atau kalau anda sibuk dan tidak berkesempatan untuk mendapatkannya, anda boleh hubungi talian hotlink kami +0193226769 untuk mendapatkan buku saya iaitu 'Magnet Emas, Magnet Kekayaan'.

Saya selalu kata dalami ilmu pengetahuan sebab nak buat apa-apa pelaburan pun nak kena ada ilmu. Ilmu itu lah yang akan membawa anda mengikuti jalan yang betul dalam pelaburan. Sekurang-kurangnya anda tidak memperjudikan pelaburan anda kerana tiada ilmu pengetahuan.

#2 Pilih pengeluar emas yang sah & dipercayai

Setelah anda mempunyai ilmu, anda boleh mulakan langkah anda dengan memilih syarikat pengeluar emas yang sah dan boleh dipercayai. Pemilihan syarikat pengeluar emas ini penting supaya pelaburan anda tidak menjadi sia-sia akibat emas anda tidak laku dan tidak diterima oleh pengedar emas lain.

Selain itu, anda juga boleh beli emas keluaran lain dari syarikat pengeluar emas ni seperti emas Pamp Suisse, Lady Fortuna, Perth Mint, Maple Leaf, dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda khuatir emas yang anda beli tidak diterima sekiranya anda ingin gadai atau jual, anda boleh pergi ke mana-mana ar-rahnu dan minta kepada mereka senarai jenama emas yang diterima oleh mereka. Selain tambah ilmu, anda juga dapat tahu emas manakah terbaik untuk anda beli dari syarikat pengeluar emas tersebut.

#3  Beli emas minima 1o gram

Apabila anda sudah tahu syarikat pengeluar emas manakah yang anda boleh percayai, anda boleh mulakan langkah pelaburan anda dengan membeli emas paling minima 1o gram. Tidak kisahlah sama ada emas tersebut emas bar atau syiling emas asalkan anda mulakan pembelian pertama anda.

Ada juga student saya bertanya, bolehkah membeli emas 1 gram sebagai permulaan? Jawapan yang saya berikan, anda boleh beli emas 1 gram akan tetapi dari sudut pelaburan ianya agak mahal berbanding dengan emas 10 gram disebabkan oleh kos pembuatannya yang tinggi berbanding dengan beratnya.

Namun begitu, jika anda ada kengkangan dari segi modal, boleh juga anda memulakan dengan 1 gram yang harganya sekitar RM 200.00. Ok laa kan, mulakan sesuatu lebih baik dari menunggu dan terus menunggu. Akhirnya anda tak buat apa-apa.

Selain dari itu, anda juga boleh membeli 1 keping dinar yang beratnya 4.25gram. Cuma isu dinar ini adalah dari segi ketulenannya ada sesetengah pengeluar, mereka mengeluarkan 1 dinar dengan ketulenan 999 dan ada juga mengeluarkan 916. Pada saya ianya tiada masalah, mana-mana pun boleh asalkan adanya certificate pengesahan dari pengeluar. Untuk saya, saya lebih suka 1 dinar 916.

Anda juga boleh pilih emas LBMA yang merupakan emas paling berkualiti kerana mengekalkan set piawaian tertinggi dalam pembuatannya. LBMA ialah singkatan bagi London Bullion Market Association yang merupakan organisasi profesional yang menyelia pasaran emas dan perak secara borong di London.

#4 Simpan emas dengan selamat

Setelah anda membeli emas, anda haruslah menyimpan emas tersebut di tempat yang selamat. Sekiranya anda hanya mempunyai 1 keping emas, anda boleh menyimpannya di rumah anda sahaja. Tapi, pastikan tempat penyimpanan tersebut adalah tempat yang perompak tidak akan terfikir.

Anda harus berfikir kehadapan. Ya. Mungkin tidak pernah ada lagi perompak yang masuk ke rumah anda. Tapi kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang kan? Semua ini adalah sebagai persiapan awal kita menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. Sekurang-kurangnya ada sudah mengurangkan risiko kerugian anda.

Sekiranya anda tidak ingin menyimpannya di rumah, anda juga boleh menyimpannya di dalam peti simpan yang selamat iaitu safe deposit box. Anda boleh beli dan letakkan di rumah atau anda boleh simpan emas anda di bank atau syarikat yang ada menawarkan sewaan safe deposit box ini. Tetapi pastikan upah simpan untuk safe deposit box tersebut murah dan berbaloi untuk anda.

Tapi, satu saranan saya, anda kena sediakan 1 buku khas untuk catatan anda, jadikan ia adalah buku yang wajib anda tulis apabila anda menambah koleksi emas anda. Catatkan tarikh dan harga anda beli dan juga sasaran pada harga berapa anda hendak jual nanti. Dari sini anda boleh atur dan nilai berapa keuntungan yang anda inginkan daripada pelaburan emas anda.

#5 Jual ketika harga emas melambung

Apabila harga emas melambung, anda boleh jualkan emas anda ketika itu. Akan tetapi bukanlah singkat waktu untuk anda dapatkan keuntungan dalam pelaburan emas fizikal ini. Saya kena bagitahu awal-awal bahawa pelaburan emas  fizikal ni tidak menjanjikan pulangan dalam masa yang singkat.

Memang harga emas akan ada naik dan turunnya. Tapi, untuk ia naik dan naik lagi mungkin ia memakan masa berbulan, atau bertahun untuk anda dapatkan keuntungan lebih-lebih lagi jika anda inginkan keuntungan yang lebih tinggi.

Jadi, apa yang anda perlu lakukan sementara menunggu harga emas menaik?

Anda boleh teruskan pelaburan emas anda dengan memulakan kembali langkah ketiga dan keempat di atas sementara menunggu harga emas naik. Mungkin anda boleh naikkan lagi modal pelaburan anda dengan membeli emas 1 dinar, emas bar 5 gram atau ke atas.

Bagaimana anda hendak tahu harga emas naik?

Sekiranya anda ingin tahu lebih cepat tentang harga emas, anda boleh layari laman kitco.com atau anda install kan aplikasi kitco ini di dalam telefon pintar anda. Lebih mudah untuk anda ketahui harga emas sedang naik atau turun berbanding anda pergi ke kedai emas.

Walaupun kedai emas mengikut harga pasaran, namun kebanyakan kedai emas tidak akan menurunkan harga mereka walaupun harga emas semasa sudah turun. Sebab itu juga saya tak sarankan pelabur emas untuk beli emas di kedai emas. Harga emas 1 gram yang mereka jual jauh lebih mahal dari harga emas semasa kerana terdapat kos operasi, dan lain-lain kos yang dimasukkan di dalamnya.

Mungkin anda boleh pergi hanya untuk meninjau harga emas yang dijual di kedai dan anda buat perbandingan perbezaan harga di kedai emas dan harga emas dari syarikat pengeluar emas. Selain dapat lihat perbandingan harga, anda juga dapat membuat tindakan bijak dengan membeli emas yang lebih dekat dengan harga emas semasa.

Jadi, apa tunggu lagi? Mulakan langkah anda, dan melaburlah dalam emas sekarang.

Sekiranya anda ingin dalami ilmu emas lagi, anda boleh picit tajuk di bawah ini:

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.