‘Happy ENDING’ macam cerita Hindustan !
Ust berteriak :
Ramai orWelcomeang berebut nak kejar solat terawih !
Solat terawih hanya sunat sahaja
1 malam 2 malam
Hingga minggu pertama penuh orang
Tidak lama selepas itu susut …
Biasanya dah masuk akhir Ramadhan tinggal kurang dari separuh yang maintain di masjid & surau !
Ramai daripada mereka ini bagaikan kelkatu
Yang terlepas dari sarang dan bertaburan tidak tahu mencari apa yang dia nak cari !
Akhirnya jatuh dan kemudiannya mati!
Apa yang kita mahu di dalam bulan Ramadhan ?
Ustaz pesan : kita patut nak mintak Allah AMPUNKAN DOSA KITA !
Lailatul qadar di akan diberi kepada Hamba Allah yang maintain dari mula Ramadhan dan meningkatkan amalan di akhir 10 Ramadhan !
Untuk apa?
Untuk anda yang consistance beramal dan jikalau tidak buat lagi pun tak apa,
tapi kejar 10 malam terakhir di bulan Ramadhan!
Untuk apa ?
Bagi kita berebut keberkatan di bulan yang mulia ini
Bagi kita meminta ampun dari Maha Pencipta !
Bagi kita dapat mengakhirkan hidup kita dengan Happy Ending !
Saya terfikir : sebab itu banyak cerita dalam movie terutama hindustan ending dia mesti HAPPY !
Untuk membolehkan semua yang menonton tersenyum dan berpuas hati !
Betul kann !!
.
.
Dalam hidup kita ni pun sama, hidup di dunia hanya sementara !
Segala ujian adalah sementara
Semua orang tahu itu !
Dan pastiny yang ada IMAN dalam hati dia, pasti akan berkata:
Hidup di akhirat , itu lah kehihupan yang KEKAL BERKEKALAN
Sebab itu kita minta kepada Allah untuk masuk SYURGA !
Sebab kita nak menikmati hidup selesa bagaimana yang Allah janji ‘kehidupan yang abadi’
CHEAP SALE !!!
Selalu kita berkejar apabila pasaraya buat sale!
Dibulan Ramadhan ini Allah yang beri CHEAP SALE, sebab apa tak nak ???
Cheap sale pula bukan di awal Ramadhan
Tapi
Di akhir Ramadhan !!
Mengapa ye?
Tanya saya dalam hati !
Jawapnya saya jumpa : untuk akhir cerita kita di dunia ini akan happy ending !!!
Walaupun pada awal cerita hidup kita yang penuh dengan ‘drama’ !
Penuh dengan kesakitan,
Penuh dengan dugaan,
Penuh dengan kegembiraan,
Penuh dengan kisah !
Sama-sama kita pulun 10 malam terakhir,
Mencari dan menunggu dan menanti turunnya Lailatul Qadar dari Allah !
Sama-sama kita amalkan doa ini yang Rasulullah ajarkan !
Moga bermunafaat kepada kita semua. Pesan berpesan
Salam Jumaat , Penghulu segala hari
Salam Ramadhan, Penghulu segala Bulan
p/s :
Belanja lagu hindustan 1 :
https://youtu.be/Zxz6CE0gn3k