Program Kasih Sayang

di Rumah Safiyyah

Sempena 10 Tahun Kezo Consult

& 5 Tahun Akademi JL

 

Alhamdulilah Syukur kepada Allah Maha Pencipta Sekelian Alam.

Pada 28 Jun 2016 , kami berkesempatan untuk mencuri masa yang sibuk untuk bersama anak-anak Rumah Safiyyah di Puncak Alam. Rancangan asalnya kami ingin adakan Jamuan Hari Raya di perkarangan Wisma Kezo. Jamuan kesyukuran 10 tahun Kezo Consult.

 

Kezo Consult ditubuhkan sejak Mac 2006 hingga 2016 sekarang.

Oleh itu, ada beberapa perkara menjadi halangan terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan

Program Kasih Sayang di Rumah Safiyyah Sempena 10 Tahun Kezo Consult & 5 Tahun Akademi JL ini.

Kami mencari-cari tempat yang sesuai untuk menyambut majlis kesyukuran tersebut terutamanya fokus kami terhadap Rumah Anak-Anak Yatim, Madrasah Tahfiz, Rumah Anak-Anak Asnaf dan yang lain-lain.

Atas saranan sahabat saya, Tuan Hj. Jerry Zafrol Rizal Mat mencadangkan membuat majlis kesyukuran ini di Rumah Safiyyah untuk dapat merasai bagaimana suasana bersama Anak-Anak Safiyyah yang dahagakan kasih sayang ibu bapa sepanjang masa.

 

Alhamdulilah..

Segala program yang telah di rancang dapat berjalan dengan lancar.

Apabila kami melangkah ke perkarangan Rumah Safiyyah , terdetik dalam hati perasaan yang begitu harmoni.

Anak-anak Rumah Safiyyah disitu seramai 85 orang dan cikgu-cikgu serta penjaga yang sangat berdedikasi menjaga anak-anak dengan baik sekali.

ir sofian kezo consult akademi jl rumah safiyyah - ir

Majlis kesyukuran ini dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan dari saya sendiri sebagai CEO Kezo Consult. Kemudiannya sesi pembahagian hadiah kenang-kenangan kepada anak-anak Rumah Safiyyah untuk tujuan membahagiakan mereka. Seterusnya ada persembahan nasyid dari anak-anak Safiyyah yang berumur dari 5 tahun ke 10 tahun.

 

DSC_0048

 

Tertib aje mereka beratur kan !!!

DSC_0040

Boleh lihat disini persembahan nasyid anak-anak Safiyyah yang comel ini,

 

Tekan VIDEO di bawah ini.

DSC_0032

 

Selepas berbuka, kami semua disajikan dengan makanan yang enak oleh caterer. Sedap dan semua anak-anak Safiyyah nampak gembira dengan adanya hidangan 2 ekor kambing golek dan hidangan lain.

 

Kami juga membuat sesi potong kek Kezo Consult 10 years Anniversary dan kejutan Hari Jadi anak saya yang hari jadinya yang ke 14 yang secara kebetulan pada tarikh 28 Jun. Semua anak-anak Safiyyah turut serta memeriahkan sesi potong kek tersebut.

DSC_0081

 

 

ir sofian kezo consult akademi jl rumah safiyyah - irfan

Semua gembira dalam sesi potong kek. 🙂

 

Di dalam sesi suai kenal, saya sempat berbicara dengan Puan Pengetua, Mama Shida & Mama Mia, saya dimaklumkan lebih 35,000 orang anak-anak yang terbiar masih tidak mempunyai tempat penjagaan.

Paling mengejutkan, saya di beritahu bahawa seramai 7 orang lahir anak tidak setaraf setiap hari di Selangor. Ramai dari kita tidak tahu akan maklumat ini. Kita sebagai rakyat negara Malaysia patut mempunyai kesedaran kerana keadaan seperti ini amat menyedihkan dan kita perlu tahu tentang peratusan kadar kerosakan akhlak amat tidak terkawal pada masa kini.

Saya sebelum ini tidak pernah rasa dan apabila melihat sesuatu di depan mata saya sendiri, ia amat memberi kesan dalam hati saya. Amat sayu apabila teringat keadaan tersebut dan saya berharap anda semua juga merasai apa yang saya rasa.

13521857_10209657899269026_2552767191739475724_n

 

Berkaitan Rumah Safiyyah, mereka adalah NGO yang telah ditubuhkan awal tahun 2012 dan atas kesedaran ini dan asalnya tanpa dapat mana-mana dana dari luar. Mereka sarankan supaya orang luar turut memberikan sumbangan kepada Rumah Safiyyah yang perlu menanggung kos RM75,000 sebulan.

 

Mereka semua adalah anak-anak syurga dan mereka tidak bersalah. Mereka dilahirkan ke dunia ini akan tetapi dikategorikan anak tidak sah taraf, mereka tidak ada IC dan sijil kelahiran, dan membuatkan mereka tidak boleh ke sekolah.

Pada masa depan jika mereka meninggal dunia, mereka akan mempunyai masalah untuk dikebumikan dan bagi proses mengeluarkan sijil kematian atas kerana tiada kad identit dan sijil kelahiran.

 

Kezo Consult adalah syarikat perunding yang beroperasi sejak 2006 dan sepenuhnya dimiliki oleh saya dan syarikat yang bertaraf 100% bumiputra dan beragama Islam. Bulan Mac yang lepas, Kezo Consult telah mencapai 10 tahun Kezo Consult dan ianya mengusik jiwa saya kerana titik peluh dan pahit getir melalui semua rintangan sepanjang 10 tahun ini. Klien kami juga ada terdiri dari pelbagai sumber, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kerajaan yang lain, Syarikat Swasta yang juga menjadi rakan seperniagaan yang terdiri daripada pelbagai golongan usahawan-usahawan yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India selain daripada Konsesi Lebuhraya Utara Selatan, PLUS.

10710665_861618777183136_1017426848357360953_n

 

Tambahan pula, berkaitan ulang tahun 5 tahun Akademi Jutawan Logam atau lebih dikenali dengan Akademi JL, masyarakat mengenali saya sebagai Jutawan Logam yang telah di ‘Pattern’ kan pada tahun 2011.

Anda boleh mendapatkan informasi dan bahan-bahan ilmiah mengenai pelaburan di Facebook Ir Sofian Fan
selain FB Akademi JL dan FB page Akdemi.JL bagi mendapatkan informasi mengenai program-program terkini yang dianjurkan oleh Akademi JL seperti program Trade Gold For Money dan program Simplified Trading Signal.

 

Facebook : Ir Sofian Fan

1

Facebook : Akademi JL

2

 

Aktiviti diteruskan dengan Solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz daripada Rumah Safiyyah.

Mereka mempunyai team yang berpengalaman.

ir sofian kezo consult akademi jl rumah safiyyah - solat

Bagi anda yang berhajat untuk merasai seperti saya, boleh ke Fb Rumah Safiyyah

Juga boleh hubungi Rumah Safiyyah ditalian +60146396358 (Puan Nety).

ir sofian kezo consult akademi jl rumah safiyyah - pengetua

 

Untuk akhirnya ……

Hidup ini adalah perjalanan untuk kita ke syurga @ neraka,

apa yang kita lakukan di dunia ini dicatat dan dikira kemudina ditimbang tara di Padang Masyar nanti.

Mungkin posting ini berbeza dengan sebelum ini, mungkin anda rasa ia beri munafaat pada orang lain,

saya cadangkan untuk share dengan rakan anda kerana setiap pengalaman bagi setiap orang adalah berbeza

tapi orang yang cakap mengenainya mungkin akan dapat rasai orang yang mendengar dan membaca.

 

Sebelum berpisah, kami ada video istimewa untuk anda semua tonton,

Assalamualaikum wbt.

 

Salam sayang dan selamat berpuasa,

Ir Sofian

 

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.