Apabila diasak dengan keadaan ekonomi yang tidak berapa stabil, ditambah lagi dengan pendapatan yang tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan isi rumah, ramai orang saya lihat mula mencari alternatif lain bagi menambahkan pendapatan hidup mereka.

Ada yang menjalankan bisnes secara online, ada yang menjual nasi lemak atau kueh-mueh di waktu pagi atau petang dan ada juga yang memberikan khidmat penghantaran (uber) selepas waktu bekerja.

Tidak kurang juga ada yang cuba menceburkan diri dalam bidang pelaburan.

Tapi, pelaburan macam mana yang boleh menguntungkan anda??

Tips Melabur Dengan Selamat

Apakah pelaburan yang selamat? Anda rasa??

Bagi saya, sudah tentulah pelaburan yang mempunyai tahap risiko yang rendah adalah satu pelaburan yang selamat.

Tapi, adakah dengan menyimpan di dalam akaun simpanan / saving account merupakan satu pelaburan? Siapa rasa simpanan ni pelaburan?

Sebenarnya simpanan di dalam saving account ni bukan termasuk di dalam kategori pelaburan. Ianya merupakan tabiat biasa kita yang suka menyimpan wang di dalam tabung atau di bawah bantal.

Jadi, tabiat ini sama saja apabila kita menyimpan wang di dalam bank. Cuma yang membezakannya adalah pada akhir tahun kita akan dapat dividen ikut peratus yang diberikan oleh pihak bank. Itu aje.

“Setiap pelaburan mempunyai risikonya yang tersendiri”

Pelaburan ni ada tahap risikonya. Ada yang risikonya rendah, ada yang sederhana, dan ada yang tinggi. Tapi, pelaburan yang berisiko ini tetap memberikan pulangan keuntungan. Cuma makin tinggi risiko, makin tinggi keuntungan yang diperolehi. Setuju kan?
ir sofian akademi jl pelaburan yang menguntungkan peratusan keuntungan pelaburan setahun

Anda nak tahu apakah pelaburan yang risikonya tahap tinggi atau rendah?

Jika anda perhatikan gambar di atas ini, anda boleh lihat tahap-tahap risiko bagi setiap kategori sesuatu pelaburan tersebut dan peratusan keuntungan yang diperoleh bagi setahun.

Kategori & Tahap Risiko Pelaburan

Bagi pelaburan yang tahap risikonya rendah adalah pelaburan di dalam Deposit Tetap, Tabung Haji, KWSP dan ASB.

Pelaburan ini sangat sesuai bagi anda yang inginkan keuntungan tetapi dalam masa yang sama anda tidak ingin duit anda hangus begitu aje.

Dalam makna kata lain, anda menyimpan dan hujung tahun  anda dapat dividen atau bonus. Kebiasaannya pelaburan jenis ini mendapat keuntungan dalam 5% - 8% setahun. Ianya memang pelaburan yang sangat selamat.

Manakala, jenis pelaburan yang risikonya sederhana ini tadi contohnya pelaburan dalam Koperasi / Bank Persatuan, Hartanah, Mutual Fund, Emas Fizikal dan Pasaran Saham.

pelaburan emas, pelaburan yang menguntungkan, gold investment

Pelaburan jenis ini bukanlah boleh dibuat dalam masa yang singkat kerana ianya memerlukan data-data tertentu yang memakan masa. Sekurang-kurangnya ia memerlukan masa selama beberapa bulan hingga setahun.

Contohnya, kalau anda lihat jenis pelaburan di dalam emas fizikal iaitu pelaburan yang melibatkan membeli dan menjual emas fizikal mengikut harga semasa.

Pelaburan jenis ini memerlukan masa kerana harga emas fizikal ini akan semakin meningkat setiap tahun. Malah, ia juga mempunyai tahap kecairan yang tinggi kerana anda boleh tukarkannya kepada tunai pada bila-bila masa.

pelaburan emas, pelaburan yang menguntungkan, gold investment

Bagi jenis pelaburan hartanah yang melibatkan urusan jual beli hartanah seperti rumah, tanah, kedai, pelaburan ini boleh mensasarkan pulangan keuntungan samada secara bulanan (capital gain) atau melalui kenaikan hartanah tersebut (capital appreciation).

Anda sendiri boleh lihat begitu ramai anak muda sekarang ini yang membeli hartanah seperti rumah dan menyewakannya. Hasil sewaan tersebut akan digunakan untuk pembayaran sewa beli rumah mereka itu dan bakinya pula adalah pulangan keuntungan mereka.

pelaburan emas, pelaburan yang menguntungkan, gold investment

Selain itu, jenis pelaburan pasaran saham juga mempunyai kriteria pulangan keuntungan yang lebih kurang sama seperti pelaburan hartanah. Pelaburan jenis ini mensasarkan keuntungan dalam bentuk bonus tahunan iaitu dividen atau keuntungan daripada kenaikan harga saham tersebut.

Oleh itu, pelaburan jenis risiko sederhana ni masih lagi selamat, cuma ianya memerlukan masa yang panjang.

“Semakin tinggi risiko, semakin tinggi juga pulangan keuntungan yang diperolehi”

Semakin Tinggi Risiko Semakin Tinggi Keuntungan

Tahap yang terakhir sekali adalah pelaburan yang berisiko tinggi.

Saya rasa ramai orang tahu bahawa trading merupakan pelaburan yang berisiko tinggi, samada trading emas, saham, forex atau pun futures.

Segala jenis trading ni memang tinggi risikonya. Tapi!

Keuntungan yang anda boleh dapat juga tinggi. Malah, pelaburan jenis trading ni membolehkan anda mendapat keuntungan dalam masa yang singkat dan unlimited.

Sehari pun boleh. Sejam pun boleh. Asalkan anda tahu macam mana cara dan gaya yang betul untuk trading. Jangan pula anda main hentam aje bila trading sebab tanpa ilmu, tanpa sistem tertentu ianya boleh dikira macam anda berjudi.

 

Nak buat sesuatu tu kena lah ada ilmu. Begitu juga bila kita nak melabur, kena ada ilmu. Nak melabur dalam trading pun kena ada ilmu.

 

Oleh sebab itu, saya ajarkan kepada pelajar-pelajar saya cara trading yang betul. Biar untung sikit-sikit aje dulu. Saya juga ajar macam mana mereka nak uruskan duit pelaburan dengan betul supaya risiko yang tinggi tadi boleh dikurangkan dan faktor-faktor kerugian boleh dielakkan.

 

Sebab itu juga kalau anda lihat pelaburan yang risiko tinggi ni keuntungannya adalah infinity sehinggakan seolah-olah ianya tidak masuk akal.

 

Anda sudah tahukan apakah jenis-jenis pelaburan yang menguntungkan? Sekarang, terpulang kepada anda untuk tentukan apakah pelaburan yang ingin anda ceburi. Yang penting ada ilmu tentang pelaburan yang anda lakukan.

 

Kalau anda rasa posting ini bagus, anda boleh share posting ini untuk munafaat kita bersama.

Anda boleh dapatkan posting yang berkaitan dengan pelaburan ini dengan klik link di bawah:

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.