Saban hari ramai yang mempajak dan menggadaikan emas mereka di kedai-kedai pajak gadai dan bank demi mendapatkan wang tunai untuk kelangsungan hidup. Ada yang menggunakannya untuk persekolahan anak-anak mereka. Ada yang ingin menjadikannya sebagai modal perniagaan. Malah ada juga yang menggunakannya untuk membayar hutang piutang.

Namun, tahukah anda akan sistem pajak gadai ini?

Pajak gadai ini mula diperkenalkan di Malaysia pada zaman 19-an. Pada waktu itu, kesusahan hidup memaksa mereka mempajakkan barang-barang mereka untuk mendapatkan wang tunai dengan kadar segera.

.

.

Namun, pajak gadai ini bersifat konvensional yang mempunyai faedah dan riba yang tinggi menyebabkan ramai yang tidak mampu untuk membayar dan melunaskan kembali barang pajakan mereka.

Kini, sistem pajak gadai ini mula mendapat tempat apabila terdapat bank-bank dan institusi yang memperkenalkan sistem ini mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh syarak seperti Bank Rakyat, Agrobank, Bank Islam, Bank Muamalat, YaPEIM dan banyak lagi.

Pajak gadai ini juga dipanggil Ar-Rahnu dalam istilah Arab. Oleh sebab itu banyak bank dan institusi menggunakan nama Ar-Rahnu untuk menunjukkan sistem pajak gadai mereka jenis islamik.

.

.

Kelebihan menggunakan sistem Ar-Rahnu ini ialah kita boleh mendapatkan margin pinjaman sehingga 70% dengan kadar upah simpanan yang rendah iaitu serendah 75 sen. Sangat menguntungkan apabila nilai emas yang digadaikan diambil pada kadar yang tinggi (mengikut kadar emas semasa).

Selain itu, tempoh gadaiannya ialah selama 6 bulan pertama, kemudian dilanjutkan lagi selama 3 bulan. Sekiranya dalam tempoh tersebut kita masih belum dapat melunaskan, pihak mereka akan menambahkan lagi selama 2 bulan. Panjang tempoh pembayaran yang dapat kita lakukan adalah selama 11 bulan. Jika kita pergi ke kedai pajak gadai lain, mungkin sahaja barang gadaian kita telah pun dijual apabila melebihi tempoh 6 bulan yang ditetapkan.

Oleh yang demikian, ramai yang memilih untuk mengunakan sistem Ar-Rahnu berbanding pajak gadai konvensional.

Admin – FT

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.