Bagaimana kita senang dipengaruhi oleh Scammers?
Walaupun isu Skim Cepat Kaya ini telah lama menular di Malaysia, tetapi isu ini masih lagi berlegar-legar dan menjadi berita panas di media.
Mengapakah hal ini terjadi?
Tahukah anda, sebelum Malaysia maju dengan teknologi dan jaringan internet, isu ini telah pun wujud. Pada ketika itu, ramai yang tertipu dengan skim Gores dan Menang.
Sejak teknologi bertambah maju, mengapa isu ini masih lagi tiada penyudahannya malah tumbuh bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan?
Ramai yang tertipu dengan Skim Cepat Kaya ini apabila mereka melaburkan duit dalam jumlah yang banyak untuk mendapat pulangan yang berlipat ganda setiap bulan. Akan tetapi, selepas beberapa bulan kemudian yang mereka dapat hanyalah janji-janji kosong sahaja.
Tahukah anda Skim Duit merupakan salah satu cara penipuan Skim Cepat Kaya?
Segala jenis aktiviti yang melibatkan pengambilan deposit atau urus matawang asing secara haram ini adalah helah Skim Duit yang telah digunakan oleh ‘Scammer’ untuk menipu mangsa-mangsanya.
Terdapat Scammer yang cuba meminta wang deposit daripada mangsa dan berjanji akan memulangkan semula wang tersebut. Kebanyakan kes yang terjadi di media sosial adalah Scammer tiba-tiba menyatakan bahawa mangsa memenangi hadiah dan untuk mengeposkan hadiah tersebut, mangsa perlu mendepositkan wang kepada mereka. Akan tetapi, apabila sampai waktunya, hadiah yang sampai bukan lah seperti yang dikatakan dan wang mereka lesap begitu sahaja.
Malah, dengan kewujudan teknologi kini semakin rancak penipuan Skim Duit ini sehingga ada yang menggunakan sistem kutu secara online. Apabila tiba waktu nya, mereka lesap bersama wang mereka.
.
.
Bagi kes urus matawang asing pula, mangsa tertipu dengan janji manis yang ditaburkan kononnya wang mereka akan dikembalikan beserta komisyen.
Kes-kes ini sudah terlalu banyak terjadi akan tetapi mengapa masih ada lagi yang tertipu?
Maka, sebagai warganegara yang prihatin, kita perlu lah peka dengan setiap kes Skim Cepat Kaya ini supaya langkah berjaga-jaga dapat diambil dan dielakkan.
Apabila anda melalui keadaan seperti di atas, segera buat semakan dengan pihak berkuasa atau yang berkaitan. Selain itu, buat kajian dan mintalah nasihat orang sekeliling terlebih dahulu. Jangan mudah percaya dan terpengaruh hanya semata ingin cepat kaya.
Akan tetapi, jika sekiranya anda sudah pun terlibat dengan keadaan seperti ini, pastikan anda menyimpan segala dokumen yang ada.
.
.
Sering kita lihat apabila nasi sudah menjadi bubur, mangsa hanya membuat laporan polis akibat ditipu oleh skim tersebut. Namun, tahukah anda bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai unit penyiasatan bagi kes Skim Cepat Kaya ini?
Oleh itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menjadi mangsa skim ini boleh lah membuat aduan di Unit Penyiasatan Khas BNM.
Untuk info lanjut, klik sini.
Admin – FT