Assalamualaikum wmt wbt. Alhamdulillah, di pagi jumaat yang berkah ini kita masih dikurniakan kesihatan yang baik. Syukur Alhamdulillah. Bersyukur sangat penting dalam setiap hal yang kita lakukan.

Oleh itu, konsep bersyukur ini sangat penting bagi setiap Trader juga kerana bagi mereka yang bersyukur pasti ada ketenangan dalam hati mereka.

ir sofian akademi jl syukur kepada Allah

Sebolehnya saya inginkan semua pelajar saya terutamanya anda yang saya berikan perhatian untuk menilai apa nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Terapkan selalu dalam diri anda sifat rendah diri, tidak riak atau takbur, tidak tamak supaya lebih mudah untuk anda bersyukur. Sekiranya kita bersyukur dengan apa yang ada, hati kita pasti tenang.

ir sofian akademi jl syukur dengan bersujud

Mereka yang tidak bersyukur selalunya akan mudah beremosi. Saya berikan contoh situasi mereka yang tidak bersyukur dalam kalangan pelajar saya.

1) Anda telah menjadi ahli group ini, tapi anda tidak menghargai diri.

Bagi pelajar yang telah masuk ke dalam kelas sebelum ini, rasakanlah nikmat ilmu yang telah anda pelajari. Selalulah buat ulangkaji untuk membolehkan anda merasai nikmat ilmu dalam 3 fasa iaitu

  • Tahu
  • Faham
  • Mahir & Yakin

Naik lah tangga ini satu per satu, step by step. Dan jangan membiarkan diri anda putus ada di tengah jalan.

Manakala, bagi yang telah diterima masuk ke dalam group coaching, rasakan  lah betapa bertuahnya anda berada di dalam circle yang saya berikan perhatian, dipantau dan diberi suap dengan signalsetiap hari. Rasakan kesyukuran tersebut di dalam diri anda.

2) Anda telah dapat profit, tapi anda tidak bersyukur sedangkan ramai lagi orang lain yang rugi.

Malah anda masih lagi tidak berpuas hati dengan rezeki yang anda dapat hanya dengan tekan button sahaja. Sikap tidak berpuas hati ini lah yang selalunya membuat pelajar saya mengalami kerugian.

Keuntungan telah di dapat, tetapi kerana tidak dapat mengawal emosi untuk mendapatkan lebih dan lebih lagi, akhirnya mengalami kerugian yang teruk. Bersyukurlah sekiranya anda telah mendapat keuntungan yang sepatutnya

3) Anda sihat wal’afiat, tapi anda tidak hargai nikmat kesihatan yang Allah telah pinjamkan.

Sentiasalah bersyukur dengan nikmat kesihatan ini kerana kita sering lupa sihat ini merupakan salah satu nikmat yang terbesar. Sekiranya anda sakit, segala kerja dan hal-hal lain tidak dapat anda lakukan. Malah anda juga tiada selera makan.

Bersyukurlah setiap pagi dan malam.

4) Anda mempunyai guru yang ingin membantu, tapi anda tidak ambil peluang keemasan untuk belajar darinya.

Saya telah berikan anda peluang di dalam kelas untuk bertanya dan belajar memahami lebih lanjut mengenai trading. Jadi hargai dan gunakan lah peluang ini sebaiknya.

Namun, masih ramai lagi yang tidak mengambil peluang yang saya berikan ini untuk bertanya soalan atau kemusykilan tentang trading. Sama ada mereka tak tahu nak tanyakan apa.. Atau mereka tak belajar sesuatu pun..

5) Anda mempunyai masa yang terluang, tapi anda tidak ambil kesempatan yang ada itu untuk membuat ulangkaji.

Gunakan masa terluang anda untuk membuat ulangkaji semula supaya anda lebih faham. Jangan sia-siakan masa anda kerana masa yang lepas sudah tidak boleh kita patah balik.

Ramai yang membazirkan masa mereka dengan gadget, tapi tidak pula memberikan sedikit waktu walaupun sejam untuk mengulangkaji ilmu trading. Akhirnya ilmu mereka jadi sia-sia sebab dah berkarat. Dan mereka menyalahkan method tak bagus, guru tak bagus.. 

Bersyukurlah selalu dalam setiap pekerjaan, kehidupan, dan jangan pernah lupa uhan sentiasa memerhati kita. Syukur kita pada Tuhan menandakan sayang kita padaNya. Maka, Dia akan membalas sayangNya pula pada kita dengan memberikan rezeki dari pelbagai sudut yang kita tidak jangka.Ingatlah bahawa mempunyai sifat yukur adalah sifat yang perlu ada di dalam diri seseorang trader.

Banyak lagi contoh mereka yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Sedangkan di dalam Al-Quran sendiri Allah telah berfirman, “Nikmat Tuhan kamu mana lagi kah yang kamu dustakan” dalam Surah Ar-Rahman diulang berkali-kali.

ir sofian akademi jl nikmat tuhan kamu mana lagi kah yang kamu dustakan

Cuba muhasabah diri kembali.

Saya selalu beritahu kepada pelajar-pelajar saya, setiap kali mereka mendapat profit dari trading, berikanlah sedekah atau wakaf sebagai tanda kesyukuran setelah mendapat keuntungan.

Ini juga peringatan untuk semua dan diri saya sendiri.

Salam sayang
Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.