Pelaburan Jangka Panjang
Seronok tak kalau saya kata anda boleh buat keuntungan dengan emas dalam jangka panjang? Tak semestinya anda beli emas dan simpan buat pekasam aje. Anda juga boleh memanfaatkan keistimewaan emas ini sebaik yang mungkin.
Mungkin buat masa ini, anda belum terfikir lagi apa yang anda boleh buat dengan emas selain gadaikan bila anda kesempitan wang. Betul tak?
Apa kata kita berfikiran lain sikit kali ini? Cuba bayangkan sesuatu yang lain pula. Bayangkan luar daripada kebiasaan anda. Saya pasti anda teruja nak mendengar apakah petua yang saya nak sampaikan tentang pelaburan emas unutk jangka panjang ni kan.
Disebabkan emas ini adalah precious metal yang sangat berharga kerana ia adalah bahan semula jadi yang wujud di perut bumi dan ketinggian nilainya tiada tara jika nak dibandingkan dengan matawang kertas kita ni. Oleh sebab daripada emas ini anda boleh memiliki bermacam-macam benda. Bahkan jika anda menyimpannya di sisi anda ia akan memberikan aura positif yang sangat baik.
Jadi, anda boleh ikuti petua yang saya senaraikan di bawah ini untuk anda jadikan emas ini sebagai pelaburan jangka panjang yang menguntungkan.
1. Beli emas semasa harga rendah dan jual apabila harganya meningkat melebihi 20%.
Sudah semestinya jika anda nak untung dalam pelaburan emas ni, anda kena beli emas ketika harganya dalam keadaan murah atau rendah. Macam mana nak beli masa dia rendah? Anda boleh tengok harga semasa emas ini di laman Kitco.
Tapi untuk anda tahu adakah harga tersebut harga yang terendah atau ada lagi yang lebih rendah, itu anda kena khatam dulu bab teknikal analisis. Orang yang tahu macam mana nak analisis pasaran aje boleh tahu bila harga emas ni akan turun lagi atau akan naik.
Apa yang saya boleh kongsikan adalah harga emas akan melonjak naik ketika krisis ekonomi dunia berlaku. Jadi, sebelum berlakunya krisis ekonomi dunia tu, harga emas masih boleh turun lagi. Dan anda nak tahu apa lagi yang best nya? Apabila krisis ekonomi dunia berlaku nanti, siapa yang ada emas sangat beruntung sebab dia boleh jual emas dia pada ketika harga emas melambung tinggi. Mungkin lebih dari 20% keuntungan.
Sebab tu saya galakkan anda beli emas sekarang sebelum harganya naik tinggi nanti.
2. Buat tabungan emas untuk perancangan kewangan anda di hari tua
Anda rasa apa yang paling penting bagi anda jika anda nak buat pelaburan emas ni untuk jangka panjang? Bagi saya sudah semestinya saya nak ada kewangan yang baik semasa saya dah tua nanti. Takkanlah waktu dah tua nanti kita masih lagi bekerja, betul tak? Anda pun sudah tentu bersara atau pencen. Tapi, cukup ke wang anda masa anda pencen nanti?
Kalau orang yang kerja setakat biasa-biasa tak ada wang pencen, tak ada KWSP, macam mana? Takkan tua-tua pun nak kerja lagi? Siapa yang nak ambil kita kerja lagi masa tu? Haa... Sebab tu anda kena fikir demi masa hadapan anda.
Cuba bayangkan berapa tahun jarak anda nak capai umur 50 atau 60 tahun tu. Adakah dalam 30 ke 40 tahun lagi? Tak kisahlah kalau masih panjang lagi ke, entah sampai ke tak umur tu ke, apa yang penting anda buat persediaan awal.
Beli emas dan simpan secara konsisten setiap bulan. Seeloknya anda beli emas 10gram terus. Sebab kalau beli segram-segram, kos mining dia mahal. Itu yang buat harga emas segram lebih tinggi dari segram pada emas 10gram.
Kalau rasa tak mampu nak beli emas 10gram setiap bulan, kumpul dulu duitnya. Cukup 3 ke 4 bulan, beli terus 10gram. Buat secara konsisten sampailah caai kepada target kewangan anda. Andai kata anda tak capai umur tu, anda meninggal dunia ke. Jangan pernah rasa rugi sebab emas tu lah yang jadi pusaka anda untuk anak isteri anda.
Sekurang-kurangnya anda tinggalkan mereka dengan harta, bukan hutang keliling pingggang. Kalaupun anda ada hutang, mereka boleh bayar hutang anda dengan emas peningglaan anda tu. Jadi, jangan pernah fikir rasa rugi aje beli emas.
Kalau anda lagi bijak, anda boleh gunakan petua-petua di bawah ini untuk lipat kali gandakan keuntungan anda dalam pelaburan emas. Ia juga mempercepatkan proses keuntungan anda. Lagi cepat anda nak capai target kewangan anda.
3. Gadaikan emas untuk beli anda emas lagi
Cara yang paling mudah untuk anda gandakan kekayaan anda adalah dengan menggadaikan emas anda dan beli lagi emas. Secara tak langsung, anda dah ada 2 emas.
Untuk teknik ni, saya pernah cakap sebelum ni anda kena gunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu. Sebab sekiranya anda salah percaturan, tergadailah emas anda. Tapi, jika kena pada caranya, dengan mudah-mudah aje anda dah dapat gandakan kekayaan anda.
Bukan satu, malah mungkin 2 atau 3 emas anda dapat gandakan. Macam mana? Syok tak?
4. Menabung emas untuk anda beli rumah yang boleh dijadikan aset
Apa yang anda boleh buat dengan emas anda untuk menjana keuntungan jangka panjang? Selain anda beli lagi emas, anda boleh gunakan emas tersebut untuk beli rumah. Tapi, jadikan rumah tersebut sebagai aset anda , bukan liabiliti.
Ada beza antara aset dan liabiliti. Jika liabiliti, anda berhutang dan terpaksa mengeluarkan wang untuk bayar hutang anda. tapi aset adalah sesuatu harta yang anda miliki tetapi memberikan pulangan keuntungan kepada anda. Haa.. macam mana tu? Nak beli rumah tapi tak nak bayar, nak untung aje.
Caranya adalah anda beli rumah, dan sewakan rumah tersebut. Jadi bukan anda yang perlu bayar tiap bulan duit sewa rumah pada bank, tapi penyewa anda. Kalau ada lebihan dari duit sewa, anda dah boleh kumpul sikit-sikit dan beli emas.
Tapi apa kaitan anda menabung emas untuk beli rumah kan? Yelah, anda boleh kumpul wang untuk bayar deposit rumah tersebut dengan cairkan emas tersebut. Bukan cair leburkan, tapi cairkan dalam bentuk tunai. Lepas tu mohon pinjaman bank, cari penyewa, dan biar penyewa bayar rumah anda. Anda dah boleh dapat balik duit emas anda, beli balik emas, atau bayar emas yang anda pajakkan di Ar-Rahnu.
Atau pun, kalau anda tak nak cari penyewa, anda nak milik sendiri rumah tersebut, anda boleh menabung emas awal-awal untuk anda bayar dalam 20% ke 30% harga rumah tersebut. Untunglah budak muda-muda sekarang ni. Ada ilmu untuk simpan emas dan jadikan deposit pembayaran rumah. Lepas tu tinggal bayar ansuran sikit-sikit je lagi.
Zaman saya dulu, main pandai-pandai sendirilah. Sebab tu orang dulu-dulu dah berumur baru ada rumah sendiri. Budak muda sekarang ni, umur baru 20-an, dah ada sampai 3 buah rumah. Apa pun, tahniah bagi yang memanfaatkan ilmu ni sebaik yang mungkin. Senang-senang pun anak cucu anda juga suatu hari nanti.
5. Menabung emas untuk anda beli tanah yang boleh dijadikan aset
Konsep beli tanah ni pun sama juga dengan konsep anda beli rumah. Anda menabung emas untuk beli tanah. Tanah tersebut anda boleh gunakan untuk dirikan rumah sendiri ke, homestay ke, atau anda beli tanah yang sudah ada hasilnya.
Tanah yang sudah ada hasil ni maksudnya kebun yang orang nak jual seperti kelapa sawit ke, pisang ke, kelapa ke, atau tanaman lain yang membawa pulangan hasil kepada anda. Upah orang untuk uruskan tanah anda, dan dapatkan keuntungan balik setiap bulan.
Anda juga boleh beli tanah di kawasan yang akan dibangunkan oleh pemaju. Orang kata kawasan bakal hot. Sampai satu masa, bila pemaju nak memajukan kawasan tersebut, jual ikut harga pasaran waktu tu.
6. Menabung emas untuk anda jadikan modal memulakan bisnes yang menguntungkan
Sekiranya anda mempunyai minat dan bakat dalam berbisnes, anda boleh menabung emas untuk dijadikan modal bisnes anda. Apabila bisnes anda berkembang, pastikan keuntungan yang anda peroleh tu anda beli balik emas. Sebabnya emas ni boleh jadi backup untuk bisnes anda dikemudian hari.
Macam biasa, anda setkan berapa lama anda nak menabung emas tersebut, sampai aje target, anda boleh mulakan bisnes anda. Apa pun, sekiranya anda nak berbisnes, pastikan anda mempunyai ilmu tentang bisnes tersebut. Laburkan wang untuk anda hadiri seminar atau kursus-kursus bisnes dan pemasaran.
Bagi saya, kalau nak buat bisnes, biar buat betul-betul. Jangan hangat-hangat tahi ayam aje. Sebab kalau anda buat bisnes tapi tak tahu urus bisnes, umpama anda ni melingkupkan wang anda aje. Jadi, anda juga boleh kumpul emas untuk laburkan dalam ilmu bisnes sebelum melangkah lebih mendalam dalam bisnes anda.
7. Menabung emas untuk anda beli saham yang menguntungkan untuk jangka panjang
Sekiranya anda ingin menambahkan lagi kekayaan anda, anda boleh beli saham untuk mendapatkan keuntungan jangka panjang.
Pilih kaunter yang terbaik, dan beli ketika harganya tengah murah. Atau anda boleh pilih beberapa kaunter yang tengah 'cheapsale'. Maksud cheapsale ni ialah kaunter yang berkualiti tapi harganya tengah rendah. Kan anda ni jenis tak boleh dengar perkataan'sale' kan!
Tak syok ke kalau dalam 5 tahun anda dah boleh dapat lebih dari 200% keuntungan dengan saham ni je? Lagi-lagi keadaan ekonomi sekarang ni menyebabka keadaan pasaran saham memang sangat baik. Tapi anda kena beringat. Kalau anda beli saham pada kaunter yang bukan untuk jangka panjang, pastikan anda keluarkan wang anda sebelum krisis ekonomu dunia berlaku.
Tapi jika anda melabur dalam saham yang kaunternya untuk jangka panjang, ia tidak menjadi masalah. Apa pun, anda boleh mempercepatkan menambahkan kekayaan anda. Lagi cepat anda kaya, lagi cepat anda bersara.
8. Menabung emas sebagai wang peruntukan untuk pendidikan anak-anak anda
Anda juga boleh mmebuat tabungan untuk masa depan anak-anak anda. Kira berapakh target kewangan anda dan berapa lama lagi masa yang anda perlukan sehingga anak anda capai umur 18 tahun.
Sekurang-kurangnya masa depan anak-anak anda terjamin dengan simpanan emas anda. Kita tak boleh jamin semasa anak-anak kita membesar, PTPTN masih wujud lagi. Atau kita tak boleh menjamin sewaktu mereka memerlukan wang untuk melanjutkan pelajaran, kita masih lagi mampu menampung mereka dengan wang gaji kita.
Adakah anda dapat menjamin masih tetap bekerja pada waktu itu?
Oleh sebab tiada paa-apa jaminanlah anda kena buat persediaan bukan untuk diri anda sahaja, tapi juga untuk anak-anak anda.
Seelok-eoknya anda ajar anak anda dari kecil lagi, jika mereka mempunyai wang, belikan mereka emas dan simpan supaya suatu hari nanti, apabila harga emas meningkat bersama meningkat membesarnya mereka, mereka dapat menggunakan emas tersebut untuk diri mereka.
9. Menabung emas untuk anda pergi melancong atau mengerjakan umrah & haji
Anda juga boleh menabung emas untuk pergi travel ke luar negara. Atau anda ingin menunaikan ibadah haji atau umrah. Gunakan teknik dan konsep yang sama aje seperti sebelum-sebelum ini.
Tapi, dalam mengikuti petua-petua ini, anda memerlukan satu perkara iaitu semangat dan konsisten. Jika anda tidak semangat dan tidak konsisten, jangan kata ada wang untuk masa depan, emas pun anda tidak akan ada.
Oleh itu, anda perlu berusaha, dan letakkan semangat anda mengatasi jiwa anda yang malas. Jangan biarkan diri anda membazirkan wang anda begitu sahaja. Tapi uruskanlah ia dengan menjamin masa depan anda dan anak-anak anda.
Sekiranya anada bertanya, apa yang anda dapat kalau anda jual emas anda ni, cuba anda fikirkan balik secara logik. Apakah manfaat yang anda dapat setelah menjual atau menggadaikan emas anda?
Adakah aset seperti rumah dan tanah bukan sesuatu keuntungan? Adakah anak-anak dapat menyambungkan pelajaran bukan satu keuntungan? Adakah mengerjakan haji atau umrah bukan satu keuntungan?
Bukankah harga emas akan meningkat saban tahun. Sekiranya anda menyimpan dalam 10 tahun, adakah anda tidak mendapat keuntungan walaupun sekecil seposen daripada sewaktu anda laburkan wang dulu? Cuba anda lihat kembali, renungkan kembali, berapakah nilai harga emas segram sewaktu mak bapak kita dulu? Jauh beza dengan sekarang kan! Jadi, bagaimana pula dengan sewaktu kita sudah berumur dan zaman anak cucu kita pula membesar, tidakkah harga emas akan jauh beza dari zaman kita dahulu? Perbezaan itulah keuntunganya.
Anda tidak akan menyesal memiliki emas dan mengetahui bagaimana anda nak dapatkan lebih keuntungan melalui emas ini.
SHARE pada rakan-rakan anda supaya kita sama-sama dapat membuat tabungan emas masing-masing untuk masa depan.