Cerita sedih
Cerita bahagia
.
.
Pagi 19 Julai 2016
Saya terjumpa gambar lama

 

Saya ada pos gambar itu waktu awal-awal bergelar suami
Masa itu umur saya dalam 26++
Kalau tak silap.
(Nampak benar laa kita ni dah tua, banyak yang dah lupa … Hu hu hu )

 

 

ir sofian album kehidupan

 

Bila renung kembali gambar itu,
Saya tenung dalam-dalam..

 

Tetiba saya jadi sayu dan
Tetiba mengalir air mata saya.

.
.
Saya terasa perjalanan saya yang jauh …
Saya dapat rasakan saya tidak kenal erti penat
Saya dapat rasakan dari 1 destinasi ke 1 destinasi perjalanan

Dengan pengalaman yang perit dan berbeza
Saya dapat rasakan bahawa Allah itu sayang dan memberi peluang kepada hambanya yang berusaha untuk memajukan diri mereka
Saya dapat merasakan bahawa
Allah memberi setiap apa doa yang hambanya minta kepadaNya

Setiap usaha yang jelas demi misi dan visi

Akan pasti Allah dorong untuk setiap kita mengecapinya
.
.
Saya ingat waktu itu
Saya hanya ada kerjaya saya

Hasil dari usaha ibubapa saya sekolahkan saya hingga ke uni
Walaupun terpaksa mempajakkan ‘tanah kurnia’ kepada seorang berbangsa Cina untuk mendapatkan modal untuk tiket saya masuk Universiti.

 

Syukur saya dapat bekerja sebagai design engineer
Tapi akibat desakan ekonomi

Waktu itu kegawatan ekonomi yang teruk tahun 1998
(Saya ingat Malaysia menganjurkan Sukan Komanwealth masa itu)
Saya hanya dapat gaji 1900 sahaja.

 

Saya tiada ayah dan keluarga yang boleh membantu dari segi kewangan dan nasihat
Ayah orang kampung

Ayah jadi security sekolah dan menoreh getah dan kemudian mencuba berniaga warong di sebelah kedai Ah Wah di Law Kang Pagoh
Niaga untuk sarapan pagi untuk orang berkebun

 

Saya tiada rakan yang mahir bab ekonomi
Saya hanya ada ayah dan ibu yang tidak lekang untuk mendoakan kejayaan anaknya

Dan …
Saya hanya ada isteri dan anak yang sabar menunggu kepulangan si ayah yang mencari rezeki

.
Pernah 1 ketika…
Bapa mertua ( Allahyarham Ahmad bin Kadiran – alfatihah buat beliau)
Datang berkunjung ke rumah sewa di setinggan itu

Kami tiada beras untuk di tanak untuk dihidangkan kepada tetamu istemewa saya.
Korek-korek duit, dapat laaa beli 1 kilo beras dan telur untuk di goreng masak kicap.

Arwah Abah meninggal di rumah tersebut di atas pangkuan saya sebelum beliau sempat menjalani rawatan chemotherapy di hospital.
.
.
Ini semua perjalanan hidup.
Setiap orang ada cerita mereka sendiri
Ia adalah exclusive untuk diri anda dari Allah

.
.
1) Bagi yang lahir dari keluarga kaya,

Bersyukurlah kerana nikmat yang telah Allah kurniakan

 

2) Bagi yang lahir dari keluarga yang susah macam saya,

Bersyukurlah kerana Allah memberi kita nikmat kesusahan untuk kita bangkit membuktikan kepada diri kita bahawa kita boleh maju dan berjaya sebaris dengan orang yang mempunyai background yang hebat!

 

‘Tiada 1 punya Allah jadikan di dunia ini untuk sia-sia kecuali untuk kita ambil pengajaran daripadanya’

 

Perjalanan di dunia ini jauh ….
Tapi perjalanan di akhirat lagi jauh dan tiada akhirnya !
Itulah kehidupan yang abadi untuk selama-lamanya….

 

Tugas kita di dunia ini adalah untuk :
Memberi
Berbakti
Beramal

 

Pesan guru saya : buat dengan ikhlas , seikhlas-ikhlasnya

 

* Apabila Allah tarik hijab doa kita

Nescaya segala yang kita minta akan dimakbulkan

 

* Apabila Allah tarik hijab khusuk dalam solat

Nescaya ia adalah persembahan antara TUAN dan HambaNya

 

* Apabila Allah tarik nikmat Iman dalam diri

Nescaya kita termasuk dalam orang yang rugi

 

* Apabila tarik nikmat kesihatan dari kita

Nescaya kita baru sedar bahawa betapa besar dan banyaknya NIKMAT yang telah Allah ‘pinjamkan’ kepada kita.

 

Sesungguhnya cerita sedih itu sementara
dan

Sesungguhnya cerita bahagia itu pun sementara
Yang tinggal adalah cerita yang telah menjadi sejarah

 

Apakata kita tinggalkan sejarah hidup kita dengan sesuatu yang menarik untuk di hayati oleh generasi akan datang

 

Apakata kita sama-sama mengorak langkah menuju ke arah kejayaan agar apabila kita ‘tiada’ nanti
Kita akan di kenang sebagai seorang muslim yang berjaya

Yang banyak memberi munafaat kepada orang lain
Yang menjadi contoh ikutan kepada generasi lain
.
.

.
“Jika kita tidak mampu untuk menanam benih yang baik,

• Cari lah seorang yang boleh menanam benih yang baik ke dalam diri kita,
• Agar kemudiannya kita akan subur dan bercambah dengan benih tadi,
• Dan kemudian harinya nanti

Kita juga akan dapat menanam benih yang baik kepada orang lain ”

 

Bersyukur atas nikmat yang Allah telah kurniakan !

 

Salam ceria

Salam kejayaan

 

#irsofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.