Coaching vs Program
Coaching merupakan sesi pembelajaran yang saya sendiri memberikan lebih pemantauan dan tumpuan kepada pelajar.
Jikalau Kelas , saya ajar bagaimana cara ingin trading !.
Ianya tidak sama dengan coaching.
Kebiasaannya sebelum ini, sesi coaching ini hanya dianjurkan sekali sahaja dalam setahun.
Pada tahun 2015
Saya telah mengadakan sesi coaching ini selama 4 bulan dengan menggunakan method yang saya sendiri setup.
Pada tahun ini tahun 2016, saya terfikir untuk mengadakan sesi coaching sekali lagi bermula bulan Ramadhan tempoh hari.
Ianya seiring dengan kelas Trade Gold For Money ( TG4M) intake Jun 2016.
Sempena bulan Ramadhan yang lepas,
Pihak Akademi membuat promo bagi kelas TG4M dengan harga yang rendah pada harga sponsorship Akademi JL.
Akmaklumlah kan, bulan Ramadhan kami ingin mendapatkan ganjaran pahala, infaqkan ilmu.
Setelah hampir tamat sesi kelas TG4M, saya terfikir untuk menawarkan coaching demi untuk membantu pelajar yang ‘hendak’ di pimpin tangannya.
Sasaran saya adalah untuk membantu mereka untuk mendapatkan ‘duit raya’ dari trading.
Saya mengambil pelajar coaching dari pelajar kelas TG4M yang benar-benar inginkan ilmu saya.
Yang menariknya mereka tidak dikenakan bayaran.
Mereka yang berminat dikenakan syarat iaitu menyediakan USD1000 sebagai modal trading.
Sebenarnya saya ingin melihat tahap kesungguhan mereka.
Dari sini lah mereka akan menggunakan segala teknik yang saya ajar di TG4M untuk trade.
Selain itu, saya juga tekankan kepada mereka untuk berpegang kepada formula C.S.I. yang menjadi 1 dari silibus TG4M iaitu BERSYUKUR.
Kebanyakan trader yang berjaya dalam dunia trading ini lebih banyak merendahkan diri mereka.
dan mereka tidak sombong dan tidak menunjuk-nunjuk.
Sebagai guru yang mengajar dalam dunia trading, sebenarnya ini adalah tugas yang berat.
Tidak sama dengan trading dalam saham, trading dalam gold ini sangat memerlukan tahap displin yang super tinggi.
Pasaran yang sangat volatile ini, akan boleh memberikan kadar keuntungan yang tinggi kepada trader, namun pada masa yang sama ia juga akan boleh memberikan kerugian yang besar kepada trader jika segala sistem dalam pembelajaran mereka tidak patuhi.
Namun begitu, saya amat berasa terharu….
Saya terharu melihat anak murid didikan saya yang mengizinkan saya pimpin tangannya !
Mereka dari permulaannya tidak langsung mengenal dunia trading
sekarang telah mula memahami dan dapat merasai hasil titik peluh mereka walaupun baru 1 bulan dapat mengenali ilmu trading ini.
Ada banyak lagi cerita menarik dalam sesi coaching ini.
Nanti saya kongsikan ye !!!
Insyallah , dengan izin Allah.
Saya dan team Akademi JL akan sentiasa membantu dan mendidik mereka di luar sana yang ingin mendalami bidang trading ini.
Jika sesiapa ada persoalan boleh rujuk FB Akademi JL
Salam sayang.
Ir Sofian