Sedekah Jadikan Amalan
Assalamualaikum Wmt. Wbt.
Alhamdulillah, kita masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang sehingga ke hari ini.
Semoga di hari Jumaat yang mulia ini dapatlah kita sama-sama mengambil ilmu dan dikongsikan bersama-sama keluarga, saudara, rakan dan kenalan di luar sana.
Semoga juga kita dapat memperbanyakkan lagi amalan sedekah kita di dunia ini sebagai bekalan untuk kita di sana (akhirat) nanti.
Allah juga pernah berfirman di dalam quran yang menyatakan bahawa setiap rezeki yang kita perolehi ada rezeki orang lain yang bermaksud kita harus memberikan sedikit kepada yang memerlukan. Baru lah datang berkah dalam rezeki yang kita miliki.
Tapi, apakah yang perlu kita sedekahkan??
Bukan sekadar wang ringgit sahaja yang boleh dijadikan bahan sedekah. Malah harta benda, perbuatan seperti pertolongan sehingga kepada senyuman juga satu sedekah.
Sangat mudah kan untuk bersedakah? Antara mahu atau tidak sahaja.
Jika kita ingin sedekahkan harta benda, haruslah beri barang yang kita sayang atau suka. Bukan beri benda yang sudah lapuk yang tiada manfaatnya seperti memberi sedekah pakaian lama yang telah buruk dan koyak.
Ini lah mentaliti orang kita yang selalu berikan sedekah barang sudah tidak berguna lagi.
Tahukah anda amalan sedekah ini sangat dituntut kerana banyak fadhilat dan kelebihannya bagi diri kita. Apakah kelebihan yang kita boleh peroleh dari bersedekah?
Dengan bersedekah mampu mengubati penyakit.
Dengan bersedekah mampu memanjangkan umur dan menghapus sikap sombong.
Dengan sedekah mampu menjadikan kita kaya. Bukan tunggu kaya baru nak sedekah. Tetapi sebelum kaya lah kita harus bersedekah.
What you give, you get back
Seperti itu lah sedekah. Banyak mana yang kita sedekahkan, Allah tetap akan berikan kembali kepada kita dalam bentuk yang lain.
Malah Allah juga akan lapangkan dan memperlipat gandakan rezeki kita.
Bahkan, Allah juga melipat gandakan pahala kita. Sedikit sebanyak dapat memenuhi tabung amal kebajikan kita.
Lebih – lebih lagi di hari Jumaat. Bertambah pahala dan berkat dengan bersedekah.
Banyak lagi rahsia bersedekah ini sebenarnya.
Semoga kehidupan kita akan diberkati selalu.
Semoga rezeki yang kita peroleh mendapat keberkatanNya.
Admin – FT