Ini adalah chart ( graf ) pasaran EMAS dunia
Yang saya ambil pada minggu ke-2 di bulan Ogos 2016
Apa yang anda faham tentang graf ini ?
Apakah reaksi dalam minda anda ?
Adakah anda merasakan bahawa harga emas akan naik?
Atau anda rasa harga emas akan turun?
Atau anda rasa harga emas dalam keadaan sideway (mendatar)?
Atau anda tidak faham apa yang chart ini tunjukkan??
Jawapannya adalah kesemuanya.
Tahu kenapa?
Kerana, pandangan mata setiap orang berbeza-beza
Pandangan orang tidak sama di dalam menganalisa sesuatu
Terutamanya tentang pasaran emas
Namun di mata saya
Gold telah membuat 2 kali percubaan untuk keluar dari price 1359.xx
Dan cuba memecahkan resistance level yang kuat 1400 usd/oz
Namun tidak berjaya !
Jika gold ‘merajuk’ dan membuat penurunan (bearish) sehingga ke paras 1314.5xx
Dan ia berjaya membolosi paras support tersebut,
Maka, Gold akan turun dan mencari harga 1292.xx iaitu melepasi paras 1300.00 usd/oz
Itu dari sudut kefahaman.
Bagaimana pula dari sudut reaksi minda?
Apa sebenarnya reaksi minda anda tentang chart Gold di atas?
Bagi reaksi minda saya
Gold akan turun berdasarkan kepada ulasan saya sebutkan tadi
Dan merujuk kepada beberapa paras harga yang menjadi penentu bahawa gold market akan naik atau turun.
Jika ia berjaya melepasi harga $1300.00/oz,
Anda boleh standby untuk menyimpan emas fizikal anda.
Dengan harga yang murah dari harga semalam 1345.00
(Untuk alert harga emas terkini, jangan lupa untuk follow posting saya dalam siri-siri seterusnya di Facebook saya)
Untuk penerangan lebih lanjut
Simple calculation saya tunjukkan di sini :
1) harga sekarang = 1345.00
2) harga dijangkakan jatuh = 1300.00
3) % keuntungan atas ‘kesabaran’ dan ilmu 2 posting hari berturut-turut di wall saya :
((1345 – 1300) / 1300) = 3.46%
Pada saat saya menulis ini , harga emas = 1343
dan semalam mencecah harga tinggi 1356.00
Ulasan yang saya buat ini adalah 100% berdasarkan chart!
Di bawah ini pula adalah chart pada 11 Ogos 2016
Teringat saya kepada kata-kata Usop Wilcha, pelawak dalam cerita Hantu Mak Limah Balik Rumah:
‘sebab itu pentingnye english education’
Manakala,
Kata-kata dalam versi saya pula: ‘pentingnya ilmu membaca chart’
Nak tahu bagaimana cara untuk membaca chart?
Boleh follow Facebook saya.
Atau pun hadir ke program yang saya dan team Akademi JL anjurkan.
Anda digalakkan untuk ‘SHARE’ posting ini, mungkin dengan menekan ‘SHARE’ anda dapat menyebarkan ilmu tentang chart kepada mereka yang lain. Ia juga satu sedekah.
Admin -FT