Sedar atau tidak
Berita kematian
Berita kesakitan
Berita penderitaan kesengsaraan
Segalanya adalah datang dari Allah s.w.t.
Ini semua adalah ujian dari Dia
Untuk kita yang bernama insan
Untuk kita mengenal erti kehidupan dengan lebih tabah
Untuk kita mengenal erti bertuhankan
Untuk kita mengenal erti manusia
Sebagai manusia di bumi ini
Kita tidak pernah terlepas dari melakukan dosa
Namun, dosa juga lah yang akan membuatkan
Kita sebagai HAMBA jauh dari Tuhan
Akan tetapi, Allah s.w.t. sayangkan hambanya
Maka diciptakan kesakitan sebagai penghapus dosa kita
“Tidaklah seorang muslim ditimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan dengannya Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya sebagaimana pohon yang daun-daunnya berguguran.” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Kifarah
Adalah balasan Allah di dunia untuk hambanya
Akibat dosa yang dilakukan oleh hambanya
Sama ada melibatkan kematian orang yang dikasihi
Kehilangan harta benda ataupun penyakit
Berlaku dalam tempoh lama atau pun sekejap
Segalanya bergantung kepada ketentuan Allah
Namun, kifarah yang diterima ini
Jika diterima dengan penuh keredhaan oleh hambanya
Maka, Allah akan menggugurkan dosa-dosanya
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seorang hamba yang beriman mnderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang baik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada semasa sihatnya dan pada semasa waktu senangnya”.
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda,
“Apabila seorang mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya. Allah memerintahkan malaikat pertama menganbil kekuatannya sehingga pesakit menjadi lemah. Allah memerintahkan malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya. Allah memerintahkan malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah pesakit menjadi pucat lesi. Dan Allah memerintahkan malaikat keempat mengambil semua dosanya, maka berubahlah pesakit menjadi suci dari dosa. Tatkala Allah menyebuhkan hambanya, Allah memerintahkan malaikat 1, 2, dan 3 mengembaikan semula kekuatan, rsa lazat dan cahaya di wajah hambanya. Namun, Allah tidak memerintahkan malaikat keempat mengembalikan dosa-dosa kepada hamba mukminnya.”
Oleh itu, segala kesakitan dan kifarah yang diterima
Bukanlah tanda Allah murka
Tapi tanda Dia sayangkan hambanya
Dan ingin hambanya mengingatinya
Dan sentiasa memujinya siang dan malam
Serta mendekatkan diri kepadaNya
Sama-samalah kita berdoa
Agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita
Permudahkan perjalanan hidup kita
Sentiasa merahmati kita dan keluarga
Melimpahkan rezeki yang berkah buat kita
Dan melindungi kita dan keluarga kita
Dari anasir-anasir kebatilan.
Semoga kita semua
Ditempatkan disyurgaNya
Kelak…
Amiin..
Admin – FT