Musibah

Setiap manusia di muka bumi ini tidak pernah terlepas daripada masalah dan musibah.

Segala bentuk ujian dan dugaan juga tidak sama bagi setiap orang.

Ia berbeza mengikut ‘saiz’ kapasiti penerimaan yang Allah sendiri tentukan.

 

ir sofian akademi jl nota bulan ogos nota 12 - 02

Allah s.w.t. ciptakan segala UJIAN dan DUGAAN ini adalah untuk menguji tahap keimanan Hambanya.

Selain itu, Dia ingin mendekatkan kembali diri Hambanya kepadaNya. Supaya sentiasa mengingatinya ketika susah dan senang.

 

Kembali Bersujud

Kerana setiap dari kita sentiasa leka dengan urusan duniawi sehingga melupakanNya.

Namun Pencipta kita tidak pernah melupakan kita.

Saat kita mencari dan mengejar kemewahan dunia, kita selalu lalai dan apla terhadapNya. Kita sibuk dengan aktiviti dunia kita, gadget kita, syarikat kita, hiburan kita, isteri dan anak-anak kita.

 

Tapi kita lupa untuk luangkan sedikit masa dan saat indah kita bersama Dia.

Maka Dia berikan kita ujian supaya kita tersedar dari angan-angan dunia. Dari perhiasan dunia!

Supaya kita ingat bahawa kita ada tugas yang berat sebagai seorang HAMBA.

Supaya kita kembali bersujud kepadaNya.

 

ir sofian akademi jl nota bulan ogos nota 12 - 03

 

Asbab

Namun, hanya sedikit sahaja yang menerima segala ujian ini dengan penuh redha.

Kebanyakan kita sentiasa menuding jari

Selalu meletakkan kesalahan ‘asbab’ terjadinya dugaan ini sebab ini dan ini!

Malah meletakkan ‘hukuman’ dugaan ini sebab kifarah terhadap dosa yang dilakukan.

 

Pasrah

Malah ada juga dari setiap kita yang pasrah sahaja dengan dugaan yang ditimpa

Menyatakan, “Apa nak buat, dah nasib aku macam ini”

Meletakkan nasib pada takdir!

 

Redha

Namun, setiap dari kita juga, ada yang bangkit kembali

Cuba menghadapi segala ujian dan dugaan dengan sabar dan tabah

Menerima segala ujian dengan redha dan berlapang dada

Dan bangkitnya kembali menjadikannya insan yang lebih cemerlang dari kehidupan sebelumnya

Selepas berjaya mengharungi ujian dan dugaan yang diberi.

 

Berpegang kepada Prinsip

Kerana apa?

Kerena percaya dengan Tuhannya.

Bahawa, Dia tidak pernah menimpakan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya.

Selagi mana kita menerima segala dugaan, selagi itu lah sebenarnya kita mampu menghadapi nya.

 

ir sofian akademi jl nota bulan ogos nota 12 - 01

 

 

Oleh itu, apa pun situasi dan cubaan yang kita hadapi, YAKIN lah dan PERCAYA lah.

Bahawa Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia!

 

Rahsia Tersembunyi

Kerana ada rahsia yang tersembunyi disebalik sesuatu kejadian yang terjadi.

Akhirnya membolehkan kita memerdekakan diri kita dengan cara tersendiri!

 

Kunci keluar ada di tangan kita sendiri!

ir sofian akademi jl nota bulan ogos nota 12

 

Posting ini ada kaitan dengan posting asal saya di Facebook.

 

Anda digalakkan Like & Share posting ini.

 

‪#‎irsofian‬

 

Admin – FT

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.