Emas Palsu

 

Saya ingin kongsikan kepada anda satu kisah yang terjadi ketika saya di Sydney.

Dan kisah ini berkaitan dengan dunia emas kita.

 

Surat Khabar Australia

Seperti biasa, saya mengambil kesempatan yang ada di sana dengan membaca akhbar mereka

Iaitu akhbar The Wall Street Journal pada pagi Isnin sambil-sambil menikmati sarapan saya.

 

Helaian demi helaian saya baca sehinggalah mata saya tertumpu pada satu tajuk berita

yang membuatkan saya berfikir  sejenak.

 

“All that glitters isn’t gold as fakes flourish”

ir sofian akademi jl newspaper the wall street journal australia

 

Rupa-rupanya di South Africa yang merupakan pengeluar terbesar emas dunia

Sudah mempunyai skim pemalsuan emas bagi matawang South Africa 1oz Krugerrand  1984.

 

ir sofian akademi jl fool gold krugerrand

 

Untuk pengetahuan anda,

Syiling emas Krugerrand merupakan  koleksi matawang negara South Africa.

Sama kes nya seperti di Malaysia, kita mempunyai Kijang Emas

yang merupakan barang koleksi dalam negara.

ir sofian akademi jl kijang emas koleksi negara

 

Apa yang bermain di fikiran saya ialah mengapa wujudnya pemalsuan emas ini?

Malahan, dikhabarkan pelambakkan emas palsu dipasaran semakin berleluasa.

Adakah kerana tahun ini harga emas naik?

 

Kenaikan Harga Emas Dunia

Harga emas tahun ini telah melonjak sebanyak 26%

Di dorong oleh kebimbangan terhadap pertumbuhan  global,

kadar faedah yang rendah dan negatif seperti di Jepun,

dan kesan daripada undi Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

 

Saya melihat wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab

Yang cuba mengklonkan syiling emas demi untuk mengaut keuntungan ketika harga emas sedang meningkat.

 

Sukar Dikenalpasti

Sehinggakan orang yang berpengalaman dalam bidang emas dan logam sendiri menyatakan

Bahawa susah dan sukar untuk membezakan emas betul dan emas palsu

kerana pembuatannya sangat teliti sehinggakan beratnya juga lebih kurang.

 

Lihat lah perbezaan syiling emas Krugerrand ini:

 

ir sofian akademi jl differentiate the real and fake gold

Kiri Real, kanan Fake

ir sofian akademi jl fake gold

Syiling emas palsu warna lebih pudar dan bentuknya tidak terlalu timbul

ir sofian akademi jl fool gold 01

Tidak cukup sharp

ir sofian akademi jl fool gold 02

Permukaan tidak berkilat

ir sofian akademi jl fool gold 03

Gerigi di sepanjang bulatan tidak sekata dan timbul

ir sofian akademi jl fool gold 04

Syiling emas lebih berat dari logam lain

ir sofian akademi jl fool gold 05

Bunyi syiling emasnya berlainan

ir sofian akademi jl fool gold 06

Perbezaan syiling emas betul dan palsu

ir sofian akademi jl fool gold

 

Namun,

Tidak ramai yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya isu pemalsuan emas ini

yang boleh memberi ancaman besar kepada negara dan dunia.

 

Fikir sejenak

Sebelum ini  kita pernah dikejutkan dengan pemalsuan gold bar berjenama pamp suisse

Masih anda ingat ?

ir sofian akademi jl pamp suisse fake 01

 

ir sofian akademi jl pamp suisse fake 02

 

ir sofian akademi jl pamp suisse fake 03

Yang terkini pula…

Gold coin sebuah negara pula telah dicemari oleh pemalsuan!

Adakah ini memberi maksud bahawa orang tiada kawalan sehingga pelbagai barangan emas di clone kan

Atau
Ini juga memberi erti bahawa terdapatnya sindiket untuk mencemarkan gold coin negara tersebut dan pada masa yang sama hendak menjatuhkan martabatnya ?

Sama-sama kita aware terhadap pelaburan yang kita ceburi eh!
.

.
Salam sayang

 

Ir sofian

 

Anda digalakkan untuk Like & Share posting ini. Semoga ia memberikan munafaat kepada anda dan sahabat anda.

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.