Sebelum ini, saya selalu bercakap soal emas fizikal. Bagaimana membuat penyimpanan dan pelaburan jangka panjang dengan emas fizikal.
Kali ini, saya ingin mengetengahkan satu lagi pelaburan yang berkaitan dengan emas fizikal. Cuma bentuk pelaburan ini agak berlainan sedikit dari kita beli dan simpan emas fizikal.
Akaun Pelaburan Emas
Merupakan satu akaun pelaburan yang dibuka di bank-bank tertentu seperti di Maybank, Kuwait Finance House (KFH), Ar-Rajhi Bank, Public Bank, Cimb Bank, UOB Bank dan beberapa bank lain lagi.
Namun, setiap bank mempunyai sistem yang berlainan sedikit. Walaupun akaun pelaburan ini adalah akaun pelaburan emas iaitu pemegang akaun membuat pelaburan dengan membeli dan menjual emas pada harga harian.
Tetapi bagi kebanyakan bank, pemegang akaun hanya akan memperoleh buku kad akaun atau slip kertas pelaburan. Hanya angka yang ditulis di dalam slip akaun tersebut dan tiada emas fizikal yang boleh dikeluarkan daripada bank tersebut. Urusan jual beli emas fizikal hanya lah melalui atas talian sahaja.
Melainkan 2 bank sahaja yang membenarkan pemegang akaun pelaburan tersebut mengeluarkan emas fizikal mereka di cawagan bank mereka iaitu KFH dan Ar-Rajhi Bank. Dan kedua-dua bank ini menggunakan sistem patuh shariah di dalam pengurusan akaun pelaburan emas mereka.
Apakah beza emas fizikal & akaun pelaburan emas?
Sudah tentulah perbezaannya sangat ketara kerana jika kita menyimpan emas fizikal, kita sendiri dapat memegang dan menyimpan emas tersebut. Tetapi bagi akaun pelaburan emas, urusan jual beli hanya melibatkan kertas dan angka sahaja.
Tambahan pula, PIDM tidak melindungi akaun pelaburan jenis ini. Anda mesti faham sekiranya PIDM tidak melindungi akaun pelaburan ini, apakah status akaun ini dikemudian hari sekiranya berlaku kegawatan ekonomi atau inflasi. Agak berisiko membuat akaun pelaburan emas seperti ini.
Jika berlaku kegawatan ekonomi, emas fizikal yang anda simpan sudah pasti membantu anda ketika itu kerana sifatnya yang mudah dicairkan dan sah laku di mana-mana sahaja.
Tetapi, bagi akaun pelaburan emas, wang pelaburan anda di dalam akaun akan lebur bersama inflasi. Hanya slip kertas akaun sahaja yang boleh menjadi kenang-kenangan.
Oleh itu, lakukan tindakan yang bijak dalam membuat pelaburan berkaitan emas. Kerana ia juga mempengaruhi masa depan anda.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut soal Akaun Pelaburan Emas ini, anda boleh dapatkan info di laman Akademi JL.
Dan sekiranya anda berminat untuk mengetahui soal Emas Fizikal, anda boleh menghubungi Team Akademi JL ditalian +6019-322 6769 untuk mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut mengenai program Gold Investment Mastery (GIM).
Sila LIKE & SHARE posting ini.
Admin – FT