Crisis Economy Alert!!
Syukur Alhamdulillah..
Pada Ahad lepas, saya telah dijemput oleh Richworks untuk memberikan talk tentang Fizikal Gold di pentas Retire Young Retire Rich (RYRR).
Untuk kali ini adalah kali ke -5 saya memberikan talk di pentas RYRR sejak tahun 2012.
Saya mengambil kesempatan yang ada ini untuk berkongsi kepada semua peserta RYRR sesuatu yang sangat memberi kesan saya dan kepada semua bahawa dunia sekarang sedang mengalami satu gelombang iaitu dunia bakal berdepan dengan kegawatan ekonomi yang paling teruk sepanjang dekad ini.
Ini bermakna world wide akan mengalami krisis ekonomi yang lebih dahsyat daripada tahun sebelum ini.
Sebagai seorang Chartist
Saya selalu memerhatikan turun naik performance chart gold dunia. Dengan ilmu teknikal analisis yang saya kuasai, serta ilham yang dianugerahkan, saya boleh membuat jangkaan terhadap keadaan chart gold dunia.
Akan tetapi, saya melihat sesuatu yang berlainan pada performance chart tersebut sejak akhir-akhir ini.
Namun, segala persoalan saya terjawab
Apabila saya hadir ke seminar Robert Kiyosaki di Sydney, Australia pada awal bulan ini.
Robert Kiyosaki menyatakan bahawa dunia akan mengalami kegawatan ekonomi paling dahsyat sepanjang dekad ini.
Apabila mendengar kata-kata Robert Kiyosaki, saya padankan kembali dengan analisis saya terhadap chart gold dan saya lihat persamaan terhadap analisis saya.
Krisis ekonomi yang bakal berlaku kali ini pasti sangat menggerunkan kerana pada waktu itu akan ramailah orang yang kehilangan pekerjaan, ramai orang yang mencari pekerjaan, banyak kereta-kereta yang tidak dapat dibayar akan ditarik, rumah sewa beli yang tidak dapat dibayar akan dilelong.
Krisis ini pernah berlaku dulu pada tahun 1998 dan 2008. Dan kitarannya akan kembali sekali lagi.
Hanya SATU sahaja yang kalis inflasi
Iaitu GOLD!
Gold adalah magnet kekayaan yang juga disebut di dalam Quran bahawa perhiasan dunia ini termasuklah emas & perak.
Malahan, Rasulullah juga pernah bersabda bahawa apabila tiada lagi yang bernilai di dunia, simpanlah dinar dan dirham.
Saya sarankan kepada semua peserta RYRR
Agar bersiap sedialah membeli emas kerana apabila tiba waktu krisis anda mempunyai magnet kekayaan yang mudah dicairkan. Anda tidak akan mengalami kebocoran duit atau wang kertas anda di bank akan lebur dek inflasi.
Bagi menguatkan kefahaman tentang krisis ini, anda boleh rujuk semula chart tersebut di laman Facebook saya.
Chart di atas ini menunjukkan keadaan index US dan Malaysia.
Kedua-dua performance sedang menaik dan apabila sampai satu tahap tertinggi, harga gold akan naik dan index ini akan turun menjunam
Perangai market kita tak boleh jangka
Market ini seperti analogi anda sedang mengayuh basikal.
Ketika anda kayuh basikal mendaki bukit, sangat perlahan dan susah untuk sampai di atas.
Tetapi apabila anda ingin turun bukit tanpa kayuhan kuat pun anda akan cepat turun ke bawah
Sama seperti market!
.
.
Saya juga membuat simulasi
Untuk menunjukkan perbezaan kiraan harga emas bagi tiap kedai emas yang berbeza tetapi pada hari yang sama.
Melalui kiraan ini, saya cuba tunjukkan daripada perbezaan ini bahawa anda boleh beli lagi emas.
Betapa kedai emas cuba mengaut keuntungan
Kerana apa?
Kerana emas itu magnet kekayaan dan kalis inflasi!
Exercise
Saya minta beberapa orang peserta RYRR
Untuk menimbang barang kemas mereka
Dan dari situ, saya tunjukkan perbezaan harga
Untuk 2 buah kedai emas
Barang kemas paling rendah ialah 29.70gram
Dan barang kemas paling tinggi ialah 117.50gram
Harga paling tinggi di kedai emas ialah rm205
Dan harga paling rendah di kedai emas ialah rm185
Lihat perbezaan harga 2 buah kedai emas ini!
Bagi barang kemas berat 29.7 gram
Perbezaan harga bagi 2 buah kedai adalah sebanyak RM594.00
Manakala bagi barang kemas berat 117.5 gram
Perbezaan harga bagi 2 buah kedai adalah sebanyakRM2350
Hanya dalam satu hari, perbezaan harganya sangat tinggi
Walaupun harga emas semasa dunia sama tetapi setiap kedai menawarkan harga yang berbeza-beza
Sekiranya anda bijak membuat percaturan, anda masih boleh mendapatkan emas lagi dari perbezaan harga emas tersebut.
Berikan hadiah buat 2 orang peserta
Dua orang peserta volunteer dari lelaki dan perempuan tampil untuk menyentuh dan memegang emas fizikal yang saya bawa.
Dan saya minta mereka kongsikan perasaan mereka memegang emas ini.
Saya sukakan tindak balas dan respon dari peserta volunteer lelaki yang menyatakan dia rasa emas ini ada Power!
Selain itu, bagi peserta wanita pula berpendapat perasaaanya seakan-akan berbunga-bunga, berkembang-kembang. Malah rasa ingin memiliki sendiri emas tersebut. Bermacam perasaaan yang muncul dan segala perasaan yang muncul sehingga tidak boleh digambarkan.
Banyak lagi perkongsian saya di pentas RYRR.
Namun, jika anda ingin tahu apakah yang saya sampaikan.
Atau anda inginkan ilmu yang lebih mendalam tentang cara untuk membuat duit dengan Fizikal Gold
Anda boleh join program terbaru saya.
Gold Investment Mastery!
Video ini bakal menerangkan apa yang akan saya ajarkan di dalam program GIM tersebut.
Anda digalakkan untuk SHARE posting ini supaya sahabat anda juga mendapat info mengenai krisis ekonomi yang bakal berlaku dan mereka dapat membuat persediaan awal.
Admin – FT