Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Diri Sendiri!
Salam Kemerdekan ke-59 Malaysia
Pejam celik pejam celik, sudah 59 tahun Malaysia merdeka.
Masa berlalu begitu pantas,
Malaysia kini semakin berubah mengikut arus peredaran zaman.
Malaysia Dulu dan Kini
Dahulu hanya pekan-pekan, kini Malaysia semakin menjadi bandar metropolitan.
Dahulu hanya berbasikal, kini Malaysia penuh dengan kenderaan buatan Malaysia dan luar negara.
Dahulu hanya bas sangkut-sangkut, kini Malaysia mempunyai bermacam-macam pengangkutan perkhidmatan awam.
Dahulu hanya rumah-rumah kayu, kini Malaysia megah berdiri dengan bangunan tinggi penuh konkrit.
Malaysia Di Masa Hadapan
Semoga Malaysia akan matang dalam apa juga tindakan sebagaimana usia kemerdekaan beliau.
Kerana pastinya banyak pengalaman yang telah beliau pelajari dalam tempoh usia begini.
Dan pastinya Malaysia sudah cukup dewasa untuk melayari kehidupan yang penuh dengan cabaran.
Bukan hanya sekadar bangga membakar mercun yang meriah & berwarna-warni sempena hari keramat ini,
Akan tetapi Malaysia WAJIB menyusun kembali strategi untuk menjadi mekar disebut di bibir antarabangsa
Dengan meriahnya pencapaian cemerlang Malaysia untuk tempoh hari mendatang!
.
.
Sebagai insan kecil di bumi Allah yang bertuah ini.
Tiada daya upaya untuk diri ini mengubah negara yang besar ini.
Apa yang mampu kita lakukan adalah merubah diri sendiri untuk menjadikan diri kita insan yang cemerlang pada setiap hari dan menjadi lebih baik dari hari semalam untuk tujuan dunia dan dunia yang kekal di alam akhirat.
Salam kemerdekaan
Bangga menjadi anak Malaysia
Semoga kita #SehatiSejiwa
Perkongsian kali ini merupakan nota perkongsian terakhir saya di laman Facebook sempena nota bulan ogos.
Anda boleh dapatkan posting sebenar di Facebook saya.
Sila Like & Share posting ini kepada sahabat anda di luar sana.
Semoga kita sama-sama dapat memberikan munafaat kepada orang lain.
Selamat memerdekakan diri sendiri!
Salam Sayang & Merdeka
Ir Sofian