Assalamualaikum..
Sedar tak sedar,
Sudah pun masuk hari kedua kita menyambut Hari Raya Aidil Adha,
Saya berharap masih tidak terlambat untuk saya dan team Akademi JL mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua muslimin muslimat yang menyambutnya.
Sempena Hari Raya Aidil Adha ini
Ramai lah di antara kita yang mengerjakan ibadah korban termasuklah saya dan keluarga saya.
Walaupun pada awal-awal dulu, saya tidak memahami sepenuhnya mengenai ibadah korban ini,
Namun setelah mendapat kesedaran dan pengetahuan tentang betapa pentingnya ibadah korban ini buat mereka yang berkemampuan, setiap tahun saya jadikan ia sebagai amalan dan ibadah saya.
Kerana…
Ibadah korban ini bukan sekadar memberikan rasa dan tanda kita bersyukur kepada Allash S.W,T.,
Tetapi sebagai salah satu wasilah untuk kita beribadah kepadaNya,
Dan menjadi Hamba yang taat dan patuh padaNya.
Dan semoga ternakan yang dijadikan korban ini
Mampu menjadi tunggangan kita di akhirat sana kelak ketika kita meniti titian sirat.
Namun begitu,
Setiap ibadah yang kita lakukan haruslah berpaksi pada cara dan kaedah yang betul.
Ianya akan jadi sia-sia sahaja sekiranya ibadah korban ini dilakukan mengikut adat semata-mata.
Kerana ramai antara masyarakat kita yang menjadikan ibadah korban ini sebagai adat resam,
Maka banyaklah kesilapan-kesilapan yang secara tidak langsung atau tidak sedar kita telah lakukan.
Apakah kesilapan yang selalu kita lakukan ketika ibadah korban?
Anda boleh layari laman web Akademi JL untuk mengetahui 9 Kesilapan Ibadah Korban Yang Ramai Tak Tahu.
Semoga ianya memberikan munafaat kepada kita semua.
Dan semoga kita juga dapat memperbetulkan kembali kesilapan kita ketika melakukan ibadah korban.
Jangan jadikan adat sebagai kebiasaan, tetapi jadikan adat sebagai ibadat.
Salam Sayang, Salam Aidil Adha,
Ir Sofian
#Irsofian
#AkademiJL