Tanggal 16 September 2016 adalah Hari Malaysia.
Sambutan Hari Malaysia adalah sempena Penubuhan Malaysia pada Tahun 1963 yang menyatukan Semenanjung Malaysia , Sabah, Sarawak dan Singapura.
Walaupun Singapura telah keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 namun itu tidak mengubah sejarah bahawa Singapura pernah sama-sama bernaung di bawah negara bernama Malaysia.
Mengimbau kembali sejarah
Pada 16 September 1963,
Pengishtiharan Penubuhan Malaysia ini dibaca oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan 30,000 rakyat Malaysia dan Tunku melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali diselang seli oleh laungan seluruh rakyat Malaysia seiring dentuman 101 das tembakan meriam di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
Upacara membaca Deklarasi Penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor-gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah.
Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negara yang baharu di dalam Persekutuan Malaysia laitu Lee Kuan Yew, Donald Stephens dan Stephen Kalong Ningkan.
Upacara ini telah dihadiri juga oleh Kabinet, anggota-anggota diplomat asing di Kuala Lumpur serta wakil-wakil dari Kerajaan-Kerajaan yang telah dijemput khas.
Ini merupakan sejarah yang sangat penting untuk kita tahu sebagai rakyat Malaysia.
Ini sejarah kelahiran tanah air kita, tempat tumpahnya darah kita.
Sedar tak sedar
Sudah 53 Tahun kita menyambut Hari Malaysia.
Walaupun beza dengan hari kemerdekaan kita cuma 6 tahun, namun terlalu banyak pengorbanan orang dulu-dulu dalam membangunkan sebuah negara. Demi generasi kita.
Uniknya Malaysia
Kita seharusnya berbangga dan bersyukur kerana rakyat Malaysia mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan adat yang berlainan.
Kita masing-masing punya adat resam yang berbeza.
Tetapi kita masih mampu hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni kerana masing-masing menerapkan nilai saling hormat menghormati, bertoleransi dan berbudi bahasa.
Bersyukurnya saya kerana lahir di negara bertuah ini.
Bersyukurnya saya kerana berpeluang melihat negara ini masih tegak berdiri lagi.
Walau banyak halangan yang dihadapai orang dulu-dulu dalam membentuk negara Malaysia ini,
Namun, Malaysia tetap teguh, kukuh, dan ampuh.
Semoga Malaysia sentiasa aman dan makmur sentiasa.
Selamat Hari Malaysia dari saya, Ir Sofian & Team Akademi JL
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui atau mengimbau sejarah pembentukan Malaysia, anda boleh layari laman web Akademi JL.
Di sini lahirnya sebuah cinta,
Ir Sofian