Jalan Menuju Puncak Kejayaan
Dalam menuju puncak kejayaan, pastinya jalan itu penuh berliku.
Tidak mungkin sesuatu kejayaan itu dapat dicapai dengan begitu mudah
Kerana di setiap kejayaan itu pasti terpalit beribu kesusahan, beribu keperitan, dan air mata yang menitis jadi kenang-kenangan.
Keperitan yang PERLU dirasai walaupun pahit untuk ditelan
Namun, disebalik kepahitan itu ada ubatnya. Ubat kejayaan yang membuahkan manis akhirnya.
Sebuah senyuman yang memberikan tanda bahagia.
Ilmu & Latihan
Dalam menuju puncak kejayaan, banyak ilmu yang perlu dipelajari.
Banyak ilmu yang perlu diselongkari.
Banyak ilmu yang perlu di dalami.
Banyak juga latihan yang perlu diteruskan.
Banyak juga latihan yang perlu diamalkan.
Kerana ilmu dan latihan itu saling berkait rapat.
Seperti kata pepatah, ilmu yang tidak diamalkan ibarat pokok yang tidak berbuah.
Jadi, kedua-duanya ini perlu selalu digenggam dan dipegang.
Tanpa mengenal penat dan jemu.
.
.
Jatuh & Bangun
Walaupun jatuh dan bangun, tetap perlu bersemangat kembali.
Kerana di kala jatuh, jika semangat yang pegang tidak cukup kental,
Maka puncak kejayaan yang ingin digenggam pasti terlerai.
Apakah dapat kita sampai ke puncak kejayaan jika tidak berusaha keras sepenuh hati menuju ke sana?
Samakah Yang Melihat & Merasai?
Tidak!
Orang yang MELIHAT dari jauh tidak sama dengan anda yang MERASAI nya sendiri.
Apabila anda merasainya, memang perit dan sakit sekali.
Perasaan yang tidak mungkin dapat dirasai sama sekali oleh mereka yang melihat.
Melainkan mereka juga pernah merasai dan melaluinya suatu ketika dahulu.
Dan….
Semua cerita suka duka ini adalah NOSTALGIA
Yang menjadi kenangan terindah dalam hidup kita apabila sampai di puncak kejayaan sana.
Sebab itu lah dalam sebuah kejayaan ada beribu keperitan!
Sila Like & Share posting ini.
Untuk melihat posting asal, anda boleh layari Facebook saya.
Salam Sayang,
Ir Sofian