Masalah itu perkara biasa
Ramai orang mempunyai masalah.
Hampir setiap orang mempunyai masalahnya tersendiri.
Namun ‘masalah’ itu bukan lah masalah utama.
Yang menjadi masalahnya adalah bagaimana cara mereka mengatasi masalah tersebut?
Tindakan Anda?
Jika anda dalam keadaan ditimpa masalah, apakah yang akan anda lakukan?
Apakah yang anda akan katakan jika ada yang menasihati anda supaya cepat-cepat cari jalan keluar?
Adakah anda akan berkata, “cakap senang lah!, Engko tak rasa apa yang aku rasa!”.
Kalau itu lah jawapan anda,
Ini bermakna anda sebenarnya tidak berusaha untuk mencari pintu keluar bagi permasalahan tersebut.
Kenapa saya berkata demikian?
Senang nak gambarkan situasi itu begini:
Anda berada dalam sebuah bilik
Tiba-tiba mentol di dalam bilik tersebut terbakar
Dan lampu pun mati, anda berada dalam kegelapan..
Apakah tindakan anda ?
Cuba fikir dan jawab dalam hati anda..
Pilihan Jawapan Anda
Adakah anda akan duduk diam?
Atau anda akan berusaha mencari jalan penyelesaian?
Sama ada anda membuka pintu bilik atau tingkap untuk memberi cahaya luar masuk?
Atau anda berusaha mencari lampu suluh?
Atau anda mencari mentol spare dan tukar?
Segala pilihan penyelesaian di tangan anda..
Anda bebas memilih ingin mencari jalan keluar yang bagaimana..
Moga berkat hari Jumaat ini
Allah yang bukakan pintu penyelesaian masalah anda.
Jom berselawat
Posting sebenar ada di laman Facebook saya.
Sila Like & Share posting ini, semoga ia memberikan munafaat buat anda semua.
Salam sayang,
Ir Sofian