Undang-Undang Trading
Ramai yang menganggap trading ni susah.
Dan ada juga yang bila sudah menceburinya mengganggap trading ini suatu yang mudah.
Jadi bagaimana tu?
Susah ke mudah?
Trading adalah Matematik!
Sebenarnya trading ini sama seperti Matematik
Jika kita belajar formula-formulanya, senang lah untuk kita trading
Maka mudah lah trading itu.
Tapi jika kita tidak mahu belajar formula-formulanya,
Perkara yang mudah pun akan jadi susah..
Betul ke betul?
Trading ni Magic?
Tiada yang magic pun dalam trading ni..
Bukan tekan -tekan automatik profit saja.
Semuanya memerlukan modal dan skill..
Kalau modal sikit, untung sikit
Kalau modal banyak, untung banyak lah..
Sama macam kita berniaga..
Yang menjadi masalah sekarang ini adalah
apabila ada orang yang ingin keluarkan modal yang sikit,
tapi nak untung yang banyak..
Seperti orang malas bekerja, mengharapkan rezeki jatuh dari langit..
Mentaliti..
Ubahlah mentaliti dan sikap anda semua..
Jika anda ingin berjaya, anda perlu mengeluarkan sedikit pelaburan untuk kejayaan anda..
Pelaburan masa depan anda sendiri..
Jika sikit sahaja pelaburan anda untuk masa depan anda,
Jangan mengharap setinggi gunung kekayaan anda..
Tanya diri, tanya hati..
Adakah anda ingin berubah..
Kalau tak sanggup tukar mentaliti..
Sampai ke sudah anda yang susah..
.
.
Sila LIKE & SHARE posting ini..
Untuk melihat posting asal, anda boleh layari Facebook dan Instagram saya.
Salam Jumaat,
Ir Sofian