Perkenalan
Saya mula mengenali DAO pada tahun 2011 pada program 1)SKPD,
dan selepas itu pelbagai program beliau saya masuk sehingga selesai khatam semua kelas beliau :
2) IMKK
3) AMP
4) ASP
5) MYB
6) TTT
7) RKMJ
8) RYRR
9) MMG
* Personal coaching tak perlu disebutkan
Pada tahun 2012 setelah 5 bulan saya struggle spend masa dan keluarkan duit untuk tamatkan semua silibus anjuran Richworks.
Penamatnya adalah Konvokesyen yang acaranya sangat gilang gemilang dalam konteks pengajuran organisasi yang bukan berskala besar macam Universiti.
Selepas itu saya tidak masuk apa-apa lagi kelas beliau,
hanya apply dan apply ilmu beliau, baca posting beliau di FB juga ‘surat cinta’ di email.
.
.
Mentor No 1 Asia
1) Jika ramai orang mempertikaikan title Dr. di depan nama beliau, pada mata saya, saya langsung tidak pandang title itu pada awal saya masuk program FREE beliau.
Hanya promosi mulut ke mulut yang mendorong saya untuk hadir dan ternyata Allah kurniakan DAO kepintaran bercakap dan skill marketing yang tiada tolok bandingnya untuk ukuran skala rakyat Malaysia dan bukan bangsa sebagai garis sempadan.
Jika dalam sekelip mata orang hendak menukar sebutan Doktor Azizan Osman kepada En Azizan Osman, secara personal saya akan kekal menyebut nama kepada Mentor No 1 Asia ini sebagai Doc.
Jangan tanya sebab apa ? Ia adalah pendirian masing-masing. Mungkin akhirnya nanti anda akan faham.
Mengubah Minda
2) Saya mengenali beliau sebagai Hamba Allah yang telah di utus pada akhir zaman ini yang ingin mengubah diri beliau dan diri orang lain dengan bermatlamat untuk ‘upgrade’ minda atau mind set ‘orang kita’ untuk menjadi orang yang keluar dari ‘kotak pemikiran biasa’.
Jika anda yang tidak faham perkataan ini, pun tak apa, insyallah sampai 1 masa nanti anda akan faham interpretation pemikiran itu.
Tercari-cari seorang guru
3) Pada tahun 2004 saya ‘cuba’ melangkahkan kaki ke alam perniagaan di sebabkan burning desire saya yang kuat untuk mencuba sesuatu yang baru. Teatapi tiada seorang pun masa itu yang mempromosikan diri mereka untuk mengajar saya cara untuk berniaga.
Akhirnya saya berjumpa dengan program anjuran MARA, Skim Usahawan Siswazah. Saya di ajar untuk membuka perniagaan dengan modal pinjaman dari kerajaan. Setelah melalui proses yang panjang (tak perlu saya tuliskan di sini), saya terpaksa batalkan hajat untuk meminjam ratusan ribu ringgit dan akhirnya saya membuka kilang plastik dengan modal saya sendiri.
Alhamdulillah dengan bantuan dari pelbagai agensi kerajaan, syukur perniagaan saya hidup tapi setakat lepas bayar gaji staff aje. Saya tahu waktu itu, saya perlu menerobos pasaran bangsa asing dan bukan hanya bergantung harap kepada usahawan melayu yang secara kecil-kecilan.
Saya tercari-cari guru pada ketika itu …
Bisnes punah
4) Pada tahun 2006, ranap business construction saya walaupun masa itu duit masuk kencang tiap-tiap bulan. Tapi disebabkan berpartner dengan orang Melayu yang malas bekerja dan hanya hendak tax duit syarikat apabila poket kering. Ini titik tolak yang besar dalam hidup saya sehingga saya membawa diri berniaga secara solo tanpa partner disebabkan fobia dengan kenangan 2006.
Untuk bangun dari jatuh, saya banyak membaca buku sebab duit saya kena freeze dalam account syarikat. Jadi membaca buku ajelah yang mampu saya buat. Saya tercari-cari semangat yang telah jatuh bagaikan terhempas dari tingkat 30 ke lantai ground floor.
Jika anda tidak faham tidak apa sebab anda belum ditakdirkan merasainya, Insyallah sampai masa ketikanya sakit peritnya anda akan rasai.
Orang kata inilah ‘dunia perniagaan’,
Jatuh dan bangun.
Bila jatuh, kena bangun sendiri
Buku Dr HM Tuah, Membina Imaginasi Cemerlang dan Chef Li , jutawan senyap dan beberapa siri lagi yang menjadikan triggered kepada kepala otak saya bahawa saya kena bangun semula.
Saya teruskan hidup dengan setup Consultan office baru, Kezo Consult dari rumah dan berniaga Chocolate Moist Cake dan puding secara menjual kepada agen dan sekolah.
Saya tercari-cari guru lagi.
Skip cerita tahun 2007-2009. dan cerita bagaimana saya berjumpa dengan pelaburan Emas. Panjang sangat…
Berdoa Di Padang Arafah
5) Akhir tahun 2010, saya menunaikan Haji dan saya memohon kepada Allah di Padang Arafah untuk membantu saya agar saya boleh kembangkan perniagaan saya dengan lebih meluas lagi kerana saya tahu yang saya perlu berkembang keluar dari kepompong kebiasaan saya.
Awal tahun 2011, saya melihat seorang yang gemuk di atas stage tapi ayat yang keluar dari mulutnya membuatkan saya terasa dari lubuk hati saya, dia lah bakal guru saya.
Bulan 3 2012 kalau tidak silap saya, tamat 9 kelas berguru dengan insan yang bernama Dr Azizan Osman .
9 kelas….. ???
Hasil Tamat Berguru
6) Hasilnya apa? Jangan lihat kepada diri orang lain,
Pada saya, melihat lah pada diri sendiri, apa yang anda hendak?
Tanya pada diri anda yang pernah hadir ke program-program anjuran Richworks, apa kesan yang anda dapat?
Flash back sebelum dan selepas anda ikuti program. Jika 1 ayat pun ‘tidak melekat masuk’ dalam kepala anda, dan boleh membuatkan anda berubah ‘walaupun sedikit’, maka jangan salahkan guru sebab anda sendiri bermasalah.
Tapi jika anda boleh sebut ‘Fast Action, Fast Result’ dan ia hanya berada di bibir anda, dan tidak ditransferkan kepada ‘tindakan’, maka anda tidak layak untuk mengatakan anda tidak belajar sesuatu dari beliau.
Mungkin kita terlupa dan boleh ingat kembali,
Mengapa Allah gerakkan kaki anda ke program Dr Azizan Osman ?
Hanya anda sendiri boleh jawab!
Melayu kan mudah lupa. (Sebab itu saya suka buat catatan, sebab saya melayu.)
Kenalkah anda siapa DAO
7) Persoalan dari kepala saya sewaktu saya melayan ruang FB malam tadi, panas rupanya FB di angkasa Malaysia ini.
Sudah beberapa hari, rupanya cerita title ini timbul. Pelbagai tohmahan yang orang berikan pada dia,
Persoalannya adakah kamu kenal beliau?
Berapa kelas yang anda masuk?
Anda jawab sendiri !
Saya boleh berkata, sebabnya 9 kelas beliau saya telan ILMU dan cuba hadamkan.
Beliau adalah guru saya, walaupun bukan title Doktor sebagai pemikat hati saya untuk hadir ke program beliau !
8) Jika benar sekali pun, title Doktor itu adalah TIPU, Itu urusan dia dengan Allah. Jawab lah dengan Allah nanti. Sendiri punya pahala sendiri punya dosa,
Jangan sampai kita tolong kurangkan pahala kita sendiri yang kita nak bawak untuk akhirat nanti. Dah la tak banyak mana amalan kita ni.
Esok lusa atau kejap lagi, bila-bila kita ni Allah akan jemput roh kita semula ke alam barzakh.
Dah panjang sangat tulis ini ….
‘Kehidupan ini hanya sementara,
Buat baik kepada semua manusia,
Jangan kita bersengketa dan mengata,
Percaya dan Yakin ada hikmah Allah di sebalik yang nyata’
Salam Sayang
Ir Sofian
Sila Like & Share posting ini.
Jika anda ingin lihat posting asal, anda boleh layari Facebook saya.