2 hari lepas, saya ambil short break untuk sesi bersama anak-anak dan family.
As usual, apabila bercuti, banyak idea akan tercurah sebab kita tidak fokus kepada masalah tapi lapangkan minda kita untuk kita isi dengan perkara lain.
Jika tidak, otak saya akan selalu ligat berfikir mengenai bermacam-macam perkara sehingga tiada masa untuk berehat seketika. Lebih-lebih lagi memikirkan yang saya akan mempunyai event terpanjang untuk saya handle.
Pada bulan Oktober ini saya ada event 3 hari yang jarang saya buat iaitu Simplified Trading Signal (STS) ( kalau nak tahu lanjut cari Akademi JL atau 019-322 6769 ).
Jadi sebelum tiba waktu itu, saya kenalah mengumpul stamina secukupnya supaya saya dapat memberikan momentum yang terbaik sepanjang perjalanan 3 hari event STS tersebut.
So antara aktiviti yang kerap saya lakukan adalah bersenam dan berenang untuk dapatkan stamina. Maklumlah kan, dah tak berapa muda lagi, so kena sedar diri la kan!
Hu hu hu
.
.
Satu perkara yang saya nak share dengan sahabat semua berkenaan dengan aktiviti senaman yang saya lakukan ini.
Saya buat 1 latihan iaitu latihan tahan nafas dalam air …
Paling lama boleh saya tahan 60 saat aje, itu lah tahap maksimum saya boleh bertahan dalam air.
Kalau sahabat-sahabat semua, maybe ada yang lebih berminit-minit dari saya rasanya.
Yang menjadi persoalannya …
Mengapa kita tidak boleh menahan nafas lama di dalam air?
Sebab apabila tiba satu tahap, kita sangat-sangat memerlukan udara untuk kita bernafas.
Apa yang kita rasa apabila kita tidak dapat bernafas?
Cukup terseksa bukan?
Cuba anda paksa diri anda pula untuk bertahan nafas lebih lama dalam air!
Tahannnnnn lama-lama ….
Apabila kita keluar dari dalam air ,
Apa yang kita rasakan?
.
.
.
Adakah anda merasa bernafas itu sangat nikmat?
Kadang-kadang, kita selalu lupa bila di atas muka bumi. Kita selalu menghirup udara yang Allah bagi. Tetapi kita tidak pernah ingin mensyukurinya.
‘Betapa Allah menjadikan kita yang bernama manusia ini dan kita ini kurang bersyukur dengan nikmat dari Nya.’
Jadilah hamba Alla yang tahu bersyukur dengan setiap nikmatnya!
p/s : Ini gambar hiasan sahaja, terserempak dalam google…
Moga posting ini, akan membuatkan anda berfikir sesuatu.
Moga bermunafaat.
Sila Like & Share.
Untuk lihat posting asal, layari Facebook saya.
Salam Sayang
Ir Sofian