Ramai yang bertanyakan apa itu IPO Saham kepada saya.

Macam saham kah?

 

Ya.. IPO saham memang lah saham. Cuma mungkin anda tidak familiar dengan nama IPO tu..

 

Perkataan IPO adalah dari bahasa Inggeris, iaitu Initial Public Offering (IPO) atau Saham Terbitan Awam.

 

Saham ini wujud apabila sesebuah syarikat memerlukan dana atau wang bagi mengembangkan lagi perniagaan syarikat mereka. Tetapi, mereka tidak ingin membuat pinjaman daripada pihak bank, kerana mereka tidak ingin membayar kembali kepada pihak bank dana pinjaman tersebut beserta faedah.

 

Jadi mereka menawarkan saham syarikat mereka kepada orang awam untuk di dagangkan di pasaran saham. Mereka mengumpul dana dengan menggunakan modal dari orang awam.

 

Oleh itu, apabila anda membeli IPO saham, anda sebenarnya membeli sekeping bahagian syarikat tersebut, dan anda automatik menjadi pemilik sebahagian dalam syarikat tersebut.

 

Syarikat pula dapat menyimpan dana dan membangkitkan syarikat dengan mengembangkan perniagaan mereka. Manakala saham akan terus diperdagangkan di Bursa seperti Bursa Malaysia, Bursa Saham New York (NYSE), Bursa Saham Nasional India dan banyak lagi.

 

Harga saham akan bergerak bebas di dalam Bursa setelah proses penawaran selesai. Perubahan pada harga saham bergantung kepada penawaran dan permintaan terhadap syarikat tersebut. Oleh itu, sekiranya ada sebab-sebab syarikat maju seperti sektor industri yang kuat, populariti syarikat, maka harga saham akan naik.

 

Sekiranya pelabur mahukan modal mereka kembali, mereka hanya perlu menjual saham tersebut kepada pelabur lain.

 

Bagaimana untuk memohon IPO saham?

 

Terdapat beberapa cara untuk memohon IPO saham ini. Antaranya ialah:

  1. Secara manual – mengisi borang permohonan saham IPO dan sertakan pembayaran (draf bank) dan salinan kad pengenalan
  2. Secara online – menggunakan mesin ATM dengan memilih ‘saham elektronik’ atau menggunakan Maybank2u. Tetapi, baki di dalam akaun haruslah mencukupi degan jumlah saham yang dimohon.
  3. Permohonan peruntukan saham khas Bumiputera di MITI. Pelabur yang ingin memohon kaedah ini perlulah mempunyai akaun CDS terlebih dahulu dan mendaftar di MITI untuk melayakkan diri disenaraikan sebagai pelabur Bumiputera yang dikenalpasti di MITI.

 

Anda boleh lihat contoh -contoh IPO Saham yang ada, seperti di bawah ini:

 

 

ir-sofian-akademi-jl-contoh-ipo-saham-03

 

ir-sofian-akademi-jl-contoh-ipo-saham

 

Sila Like & Share posting ini.

Semoga ia memberi munafaat buat semua.

 

Salam Sayang,

Ir Sofian

Please follow and like us:

Dapatkan Ebook 'Knowledge Trading' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.