Pesanan
Masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya,
Pesanan melalui video di fb dulu oleh Dr Fadzilah Kamsah ….
Memaafkan dan Memohon Maaf
Kita maafkan sentiasa setiap kesalahan orang kepada kita
Juga kita mohon maaf jika kita tersalah bicara dan what ever.
Kerana setiap dari kita adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Mungkin kita juga ada mengguris hati insan lain tanpa sedar.
Dan mungkin kita terguris hati dengan insan lain tanpa mereka sedar.
Maka, memaafkan dan memohon maaf itu sangat penting.
Jumaat Yang Barakah
Sempena pagi Jumaat yang penuh barakah ini
Pesanan itu membisik lagi di telinga saya
Lantas, saya text pada group TG4M, sebab selalu saya menegur mereka dalam group tu
walaupun maybe mereka tidak perlukan teguran itu.
Mungkin mereka juga merasakan pelik.
Tapi saya rasa lega, terasa lapangggg di dada ini.
Semalam di office, saya juga ada membuat teguran berkaitan dengan keikhlasan hati di dalam kerja kepada pekerja-pekerja saya.
Juga saya mohon maaf juga.
Sebab saya tahu, Hanya Allah yang sempurna.
Apa yang nak dimalukan?
Di sini juga, jika sahabat semua ada terguris hati dengan saya, saya mohon maaf.
Tapi kalau orang tak nak maafkan,
Itu urusan dia.
Sekurang-kurangnya kita selesaikan urusan kita dulu.
Nanti kita banyak solat taubat,
Moga Allah bersihkan hati kita.
Kerana pada hati yang bersih, ilmu mudah untuk masuk.
Ilham mudah untuk datang.
Rezeki mudah untuk tandang.
Dan fikiran kita bersih dari kegelapan.
Seperti sebatang pensil, yang mempunyai pemadam dibelakangnya.
Jika mata pensil membuat kesilapan, pemadam boleh tolong memadam kesannya.
Penat sebenarnya kalau kita nak jaga hati semua orang.
‘Adalah sukar untuk menjaga hati semua orang,
Yang mampu kita lakukan adalah menjaga hati kita !’
Marilah kita berpesan-pesan..
Untuk diri sendiri
Dan untuk orang lain..
Moga bermunafaat kepada sahabat semua.
Inipun teringat pesanan guru dan ustaz.
#irsofian.com
Sila Like & Share posting ini…
Untuk lihat posting asal, anda boleh layari Facebook saya.
Salam Kemaafan,
Ir Sofian