Hai, Assalamualaikum wmt wbt
dan Salam ceria kepada anda pembaca tersayang .
Kali ini saya hendak sentuh perkara teknikal di dalam pergerakan chart yang disebut Gap.
Apakah itu GAP ?
Gap dalam bahasa teknikal analisis yang memberi maksud terdapatnya lonjakan harga antara harga tutup (close) semalam berbanding dengan harga buka (open) pada hari ini.
Di atas ini adalah gambaran yang menunjukkan pergerakan chart (bar chart),
Ia menunjukkan terdapatnya lompatan atau lonjakan harga buka (open) apabila market di buka pada hari ini.
Bagi anda yang tidak berapa faham maksud harga buka (open) dan harga tutup (close) , apa kata anda fahamkan dahulu konsep O-H-L-C ini
Apa itu O-H-L-C ?
O adalah harga ‘Open’ @ di buka pada hari ini
H adalah harga ‘High’ @ tertinggi pada hari ini
L adalah harga ‘Low’ @ terendah pada hari ini
C adalah harga ‘Close’ @ di tutup pada hari ini
Nota : Perkataan ‘pada hari ini’ di atas juga boleh digunakan untuk chart
Apakah yang perlu anda lakukan ketika market open dengan Gap? Adakah anda boleh terus entry market?
Tidak! Seeloknya anda tunggu market reversal kembali, baru anda entry market. Itu adalah lebih selamat.
Di bawah ini adalah contoh chart yang mempunyai Gap ketika close dan open market.
Lihat pada candlestick last hari jumaat tersebut. Pada hari isnin, market open dengan price yang lebih rendah dari waktu dia close.
Perbezaan close dan open market adalah sebanyak 860 pips. Mungkin kesan daripada news pada hari jumaat tersebut yang menyebabkan wujudnya Gap pada hari market dibuka.
Faham ke faham?
Anda nak faham lebih lanjut tentang chart?
Penerangan lanjut mengenai chart anda boleh dapat dalam program Trade Gold For Money anjuran Akademi JL.
Hubungi talian Hotline Akademi JL : +6019-322 6769 untuk sertai program TG4M.
Salam Sayang,
Ir Sofian