Assalamualaikum wmt. wbkt.

 

Khutbah Jumaat

Mendengar khutbah Jumaat hari ini memberikan kesan kepada saya. Setiap insan tidak seharusnya menghukum orang lain. Kerana dahulu juga kita sendiri pernah melakukan kesilapan.

 

Marilah kita sama-sama mengambil ikhtibar dari apa yang Khatib sampaikan ketika Khutbah Jumaat tadi.

 

Khatib Berkhutbah

Dulu aku tak solat
Dulu aku tak jengah pun masjid

Dulu aku tak puasa
Dulu aku perokok tegar

Dulu nyanyi rock band
Dulu aku tahu urusan aku aje
.
.
Khatib berpesan ….
Untuk berdakwah bukan sahaja mengajak orang ke masjid

Tapi menonjolkan peribadi sahsiah diri yang cemerlang
Ciri seorang muslim sejati
Untuk menjadikan diri sebagai model

Tidak menghukum orang yang jahil dengan sesuatu cop di dahi orang itu

Ingat kembali zaman kegelapan kita
Zaman jahilillah kita
Zaman kita tidak solat

Tugas kita untuk mentarbiah sahaja
Soal cahaya iman itu urusan Allah

Berdakwah dengan cara yang mampu kita lakukan

Berdakwah ke jalan Allah
Jalan nasihat menasihati
Jalan bersilaturrahim sesama insan di muka bumi Allah ini.

ir-sofian-akademi-jl-khatib-berpesan-sempena-khutbah-jumat

 

Insyaallah.. Semoga kita semua dapat mengambil munafaat dari apa yang Khatib sampaikan.. Marilah kita sama-sama menyampaikan walaupun satu ayat.

Pesan berpesan sesama sendiri..
Sampai menyampaikan kepada yang lain..

#irsofian.com

 

Sila Like dan Share jika anda rasa posting ini memberikan munafaat kepada orang lain.

 

Salam Jumaat,

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.