Assalamualaikum.

 

Petang ni, saya lihat-lihat keadaan mata wang Malaysia dengan negara luar seperti Saudi Arabia. Saja melihat, jika nak buat umrah berapa tukaran matawang yang diperlukan. Tapi nampak gayanya kalau kali ini siapa-siapa nak mengerjakan umrah, memang memerlukan wang yang lebih lah.

 

Lihat di bawah, 1,000 SAR bersamaan dengan RM1,124.41. Mata wang Malaysia lebih tinggi dari kerajaan Saudi. Jadi, jika nak berbelanja umrah atau barang di sana, perlukan lebih banyak wang Malaysia lah. Kalau tahun lepas, masih lebih kurang sama saja.

 

ir-sofian-akademi-jl-currency-exchange-sar-to-myr

Kemudian saya melihat pula bagaimana keadaan matawang Malaysia dan US. Nampaknya memang mata wang Malaysia semakin menaik. 1USD bersamaan dengan RM4.22.

 

Saya dah jangkakan sebelum ini, yang matawang Malaysia akan naik sehingga mencecah RM4.50 untuk 1USD. Dalam beberapa minggu sahaja currency kita dah naik sampai RM4.22. Nampaknya, tak lama lagi lah tu.

 

ir-sofian-akademi-jl-currency-exchange-myr-to-usd

 

Apa pun, bagi sesiapa yang nak tukar matawang luar kepada Malaysia, boleh lah mengambil peluang untuk tukar ketika matawang Malaysia naik RM4.50.

 

Salam Petang,

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.