Assalamualaikum wmt. wbkt..
Posting saya kali ini tajuknya agak sensitif sedikit,
Tetapi bagi trader, saya rasa mereka boleh faham istilah yang saya gunakan ini.
Market Gold Datang Bulan?
Kenapa saya katakan market gold ‘datang bulan’?
Sebenarnya market gold kini sedang berada dalam suku akhir.
Bermula bulan 8, 9 10 ini market gold sedang dalam pertukaran mood.
Oleh sebab itu, jika anda perhatikan dalam 3 bulan terakhir ini, market gold banyak bergerak tidak mengikut analisa. Dia punya meragam lain macam.
Dia lebih suka bergerak mengikut rentaknya, tiba-tiba dia meloncat naik, tiba-tiba dia buat terjunan. Tiba-tiba dia tak boleh nak pecahkan resistance. Ada news pun tak boleh membuatkan market naik, tapi, bila tiada news, tiba-tiba dia membuat loncatan. Dan dia lebih banyak dalam keadaan sideway.
Macam Mana Nak Trading?
Tak dinafikan dalam waktu market gold ‘datang bulan’ ni agak susah untuk kita trading. Trader kena lebih berhati-hati dalam meletakkan saiz lot dan position. Jangan meletakkan saiz lot yang terlalu besar.
Buat masa begini, lebih banyak teknik scalper digunakan. In & Out dari market.
Jika anda meletakkan Pending Order (PO), pastikan anda meletakkan Stop Loss (SL) pada PO anda. Kerana keadaan market gold yang tidak menentu ni kadang-kadang boleh membuatkan trader rugi atau floating. Sebab itu dalam keadaan market tengah meroyan ni lah SL kena get ready kerana pergerakkan market gold sukar diramal.
Insyaallah, market gold akan stabil semula pada bulan nov-dec ni dan dia akan recover balik. Tetapi, kebiasaannya pada bulan desember ini pula banyak trader yang bercuti. Maka market gold akan lebih sunyi dan volume trading akan berkurangan lah.
Anda boleh lihat analisa market gold yang saya buat seperti dalam time frame di bawah.
Sila Like & Share posting ini.
Salam Sayang,
Ir Sofian