Assalamualaikum wmt wbrt.

 

Dalam 1 minggu ini, bila saya buka facebook saja, mesti akan ada  news feed pasal sahabat fb yang risau orang tak like atau komen posting dia. Saya pun naik pelik dan serabut bila asyik-asyik muncul pasal benda tu.

 

Saya pun tak tahu lah kenapa. Mungkin sahabat fb tu jenis yang tak keruan bila posting dia tak di like atau di komen orang. Dia rasa mungkin orang tak baca posting dia atau dia tak dapat raih populariti ke.

 

Tips Mudah

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Bagi saya, pandangan saya macam ini:

1) Kalau nak buat posting tu, buatlah posting untuk diri sendiri. Tulis apa yang boleh memberi munafaat kepada diri kita dan orang lain yang membacanya.

 

2) Bab kerja nak orang  like ke, nak orang share atau komen posting kita tu,  itu bukan urusan kita. Kita tak boleh nak paksa-paksa orang like posting kita. Sebab lagi kita paksa, lagi orang tak suka.

 

3) Tak semua orang baca posting kita, sebab dalam facebook ni, dia ada sistem dia yang tersendiri. Antara 400 sahabat fb kita, tak semestinya posting kita keluar kat 400 sahabat kita. Sistem ‘matematik’ dalam fb ni hanya yang pakar saja boleh faham macam mana setiap posting bergerak ke poket fb orang lain.

 

4) Untuk hati tenang, kalau nak orang baca posting awak, boleh buat pembayaran di fb adv dan cari target yang kita nak. Comfirm dah target kita akan nampak posting kita.

 

5) Kita kena set dalam diri, tak semua target nak baca posting kita. Manusia akan baca jika sesuatu posting itu ada kaitan dengan diri mereka. Sama ada untuk perbaiki diri mereka ke, atau untuk tambah ilmu baru ke, untuk pesan berpesan ke, untuk tempat makan yang best ke,  untuk kisah sensasik ke, dan pelbagai kemungkinan lain.

 

6) Fb ini adalah wadah media sosial untuk semua orang. Itu yang masing-masing berhak untuk nak komen, like atau share.

 

Antara apa yang saya senaraikan di atas, itu yang sometime di gunapakai untuk kebaikan. Tapi pada masa yang sama juga ia di salahgunakan untuk tujuan tertentu yang hati orang itu saja yang tahu apa niat dan  tujuan dia buat posting tersebut.

ir-sofian-akademi-jl-like-fb

 

Kalau awak nak like, komen @ share itu semua hal awak kan.

 

Tapi harapan saya, semoga semua sahabat fb saya orangnya baik-baik & bagus-bagus belaka.

 

#irsofian.com

Salam Sayang,

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.