“Buatlah sesuatu dengan minat dan fokus. Tiada rasa beban, Tiada rasa tertekan.”
Dugaan Demi Dugaan
Ada dalam kalangan student saya yang datang dari lembah kehampaan dek kerana terjerumus dalam skim cepat kaya. Kononnya nak ‘untung segera’, nak ‘untung mudah’.
Itu semua formula simple sebagai ayat pelaris!
Bukan sedikit wang mereka ditelan. Beratus-ratus, beribu-ribu, beratus ribu wang mereka hancur dan hangus begitu sahaja. Nak menyimpan bukan main lama. Tapi hilang macam tu saja sekejap je.
Dalam hati saya ni terasa bukan untuk memberi tomahan. Tetapi timbul rasa kasihan dengan mereka ni. Kenapalah mereka mudah terpedaya dengan kata-kata manis dan janji-janji palsu scammer. Tapi nak buat macam mana, dah sebab pada masa itu Allah nak duga mereka dengan dugaan. Pasti ada hikmah disebaliknya.
Belajar Dan Fokus
Namun apabila mereka meletakkan minda mereka untuk belajar ilmu yang betul, mencari dan belajar dengan orang yang betul, cara yang betul, baru mereka sedar bahawa ianya tidak semudah yang disangkakan. Jalan yang harus dilalui dan ditempuhi juga penuh cabarannya.
Ada yang kata:
‘Susah nak belajar ni Ir ‘
‘Saya dah tua ni, lembap sikit Ir ‘
‘Saya ni tidak celik IT Ir ‘
Dengar sini baik-baik tuan-tuan dan puan-puan:
“Tidak mudah bukan bermakna tidak boleh nak mempelajari ….”
Ia akan jadi mudah jika hati dan minda kita dibuka seluas-luasnya. Kita serahkan segala-galanya kepada Allah. Dengan ikhtiar dan usaha yang kita berikan, Insyaallah… Allah itu Maha Pemberi. Ilmu itu milik Dia. Jika Dia hendak kurniakan, hanya Kun Fayakun…
Kita hanya perlu tingkatkan usaha sahaja!
Ingat pesanan pendeta:
‘KEPAKARAN adalah hasil dari kerja yang di buat secara ulangan ulangan ulangan ulangan ulangan dengan tanpa rasa jemu, Lahirkan rasa suka dan cinta’
Ketahuilah anda bahawa dunia kini semakin mencabar, dan apakah persediaan anda untuk hadapinya?
Jumpa anda semua di Porgram Simplified Trading Signal ( #STS ) pada 29, 30 & 31 Oct 2016 ( 3 hari ). Untuk seat, anda boleh hubungi Hotline Team Akademi JL : +6019-322 6769.
Masa tidak akan menunggu anda!
Salam Sayang,
Ir Sofian