Assalamualaikum wmt. wbkt.
Trend in Trading
Hari ini saya ingin menceritakan sedikit tentang asas Trend dalam trading yang perlu diketahui oleh trader-trader baru. Saban hari semakin ramai trader baru yang terlibat dalam market, tapi tahukah anda asas trend yang perlu anda ketahui sebelum masuk positon?
Di dalam kelas TG4M, saya selalu tekankan kepada student saya tentang pentingnya untuk mereka kenali trend market. Jika mereka tidak tahu, jangan sesekali masuk position.
Sebab apa saya kata macam tu?
Sebab trend ini lah yang menunjukkan hala tuju market tersebut. Sebab itu penting untuk trader tahu market dalam keadaan trend ke atau tidak.
Basic Trend
Perkara paling basic yang trader baru perlu tahu ialah Trend ini mempunyai 2 jenis, jenis Trending dan jenis Non Trending. Trend jenis Trending pula mempunyai 2 jenis sama ada market tengah Uptrend atau Downtrend. Manakala jika market dalam keadaan Non Trending, ini bermaksud market dalam keadaan Sideway.
Saya ada buat sedikit rakaman video tentang basic trend ni untuk trader-trader yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia trading ni. Mungkin dari video saya ini, anda akan lebih faham apa yang saya maksudkan dengan trend.
Dan di bawah ini, saya kongsikan kepada anda gambaran bentuk-bentuk trend yang asas dalam trading.
Bentuk asas trend
Bentuk market dalam keadaan Uptrend
Bentuk market dalam keadaan Downtrend
Bentuk market dalam keadaan Sideway
Bentuk market yang menunjukkan keadaan momentum trend kuat atau tidak
Jika anda ingin dengarkan penerangan, sila tonton video rakaman saya dalam Youtube.
Salam sayang,
Ir Sofian