Assalamualaikum wmt. wbkt.
Pagi semalam lepas subuh saya buka hard disk lama. Sekali terjumpa gambar-gambar lama yang menjadi nostalgia. Dan ini kisah disebalik gambar tersebut yang saya ingin kongsikan bersama anda semua.
Muka Tembok
Gambar ini bertarikh 30 Julai 2005, di ambil semasa pameran Mardi di Serdang semasa saya masih menjalankan perniagaan kilang plastik.
Perniagaan tersebut saya buat partner dengan jiran saya untuk produk plastic packaging. Saya urus bahagian marketing, dia pula handle bahagian production.
Sebagai seorang usahawan, perasaan malu untuk berjumpa dengan orang tidak boleh wujud. Rasa malu untuk memperkenalkan produk pun tidak boleh wujud. Maka saya buang perasaan malu tersebut dan saya share dengan orang ramai produk saya dengan perasaan yang penuh bangga mempunyai produk keluaran sendiri.
Macam mana saya boleh jadi macam tu? Hilangkan perasaan malu. Sebab mentaliti orang, ramai yang beranggapan kerja marketing macam ni, perkenalkan produk kita kepada orang sesuatu yang memalukan.
Kalau orang tak layan, malu. Kalau orang tak nak beli, malu. Kalau orang buat muka, pandang lain macam, malu. Tapi kenapa kita perlu malu? Apa yang malunya?
Sebab bagi saya, hanya kita saja yang tahu bahawa produk kita boleh menyelesaikan masalah orang lain. Orang tercari-cari penyelesaian untuk masalah mereka. Jadi bagi saya, apa masalahnya nak cakap pada orang lain tentang produk kita?
Jika orang tu tak nak beli, tak apa. Bukan rezeki kita lah. Mungkin sebab dia tak perlukan produk kita pun kan. Orang nak pandang sebelah mata atau kutuk pun tak apa. Sebab barang itu tidak ada kaitan pun dengan diri dia pun.
Tapi, sebenarnya ada saja orang lain yang mencari dan memerlukan barang atau khidmat kita. Biarlah orang nak kata kita muka tembok ke apa ke. Kata lah, ada saya kisah. Kalau dikisahkan sangat, nampaknya kita takkan maju kehadapan lah.
~ Al kisah cerita usahawan belakang tabir ~
Program STS
Sama jugak apabila saya inform kepada sahabat semua tentang Program Simplified Trading Signal (STS) yang berlangsung selama 3 hari. Ada orang yang kisah dan ada yang ambil port. Ada juga yang tak nak ambil tahu dan tak suka ambil tahu sebab bagi mereka, mungkin mereka ingat kita nak jual program je sebenarnya.
Tapi sebenarnya, kalau anda tahu, ilmu yang saya sampaikan dalam program STS tu akan membuka minda anda tentang pasaran global dan lokal. Waktu itu baru lah anda akan berebut-rebut masuk dan menyesal tidak kenal dengan perkara ni awal-awal. Just tekan-tekan dapat duit, macam ATM machine saja.
Tapi, jika saya silap tulis, ada yang akan kata saya ni scam pulak nanti. Memang di wall Facebook saya tak ada info tentang program tu. Tapi kalau anda berminat, anda boleh cari di wall Facebook Akademi JLatau Web http://akademijl.com. Atau hubungi talian Hotline Akademi JL: +6019 322 6769.
Untuk kali ini, program STS ini merupakan Intake terakhir bagi tahun 2016. Lepas ni, saya dah tak buat program STS ni untuk tahun ni dah. Program ini akan berlangsung 29 – 31 Oktober 2016 (Sabtu – Isnin).
Disebabkan krisis ekonomi semakin terasa dan sesuatu yang besar akan berlaku pada dunia. Kalau anda mengambil sikap ‘aku tak kisah’ dengan apa yang berlaku, saya tak boleh nak buat apa-apa lah. Terserah pada anda untuk menentukan jalan hidup yang anda pilih.
Saya pun tak malu nak inform pasal program STS ni, sebab apa? Sebab anda belum rasa apa yang saya rasa..
.
.
Anda boleh lihat posting sebenar di lama Facebook saya.
Sila Like & Share untuk manfaat bersama.
Salam Sayang,
Ir Sofian