Pilihanraya president di US telah pun tamat semalam setelah Donald Trump memenangi undian lebih tinggi dari Hillary Clinton.
Apakah yang bakal terjadi kepada dunia?
Adakah ia akan memberikan kesan mendalam?
Adat politik, adat manusia!
Dalam berpolitik, sememangnya akan ada orang yang suka dan tidak suka dengan pemimpin tersebut. Sebab itu apabila undian dijalankan, akan ada yang menang dan akan ada yang kalah. Semuanya bergantung kepada berapa banyak undian yang dipegang oleh mereka.
Kita sebagai rakyat Malaysia boleh belajar sesuatu dari peristiwa besar di Amerika semalam dan menerima hakikat bahawa Donald Trump adalah president Amerika yang baru! Walaupun dia bukan dari parti Demokratik.
Seperti biasa, ada juga orang yang tak ambil port tentang apa yang berlaku di sana, dan ada juga orang yang sangat ekstrim dengan pemilihan president di US, ikut masing-masing laaa.
Penting atau tidak untuk mengetahui siapakah President US, bergantung pada diri kita sendiri.
Malaysia vs America
Jika kita lihat dan perhatikan, pemimpin di Malaysia juga ditentukan dengan gaya cara Pilihanraya juga. Tapi…. Tengok ya ….
Di saat ini pemimpin Malaysia dicaci & dikecam oleh pelbagai media akibat terlalu banyak isu yang tidak boleh memenangi hati rakyat. Seperti isu kenaikan harga minyak petrol, minyak masak, tong gas, tol, bahan mentah, eletrik, air dan macam-macam lagi.
Tetapi apa yang mereka lakukan? Mereka tetap membuat cara mereka sendiri. Apa yang mereka peduli tentang keluhan rakyat lebih-lebih lagi golongan marhaen?
Meneropong ke arah Pilihanraya Malaysia akan datang. Calon-calon yang hendak bertanding dan penyokong-penyokong kena melihat bahawa populariti tidak akan membawa sebarang makna. Apa yang penting adalah tanggungjawab dan amanah yang digalas dapat mengurangkan beban rakyat atau tidak.
Isu yang dibawakan mungkin pada sebahagian orang akan menjengkilkan tapi pada sebahagian orang yang lain, mereka sangat sukakannya.
Walau apa juga strategi politik yang digunakan ketika itu, tidak kira lah secara berhemah atau tidak, yang pentingnya adalah kemuncaknya.
Kemuncaknya apa ?
Siapa yang akan MENANG, dialah PEMIMPIN negara kita!
Sesuatu yang wajib difikirkan bersama demi masa depan semua.