Assalamualaikum wmt. wbkt.

 

Pilihanraya 2016

Jika kita buat tinjauan terhadap negara Amerika Syarikat, pemimpin mereka sentiasa bertukar-tukar dalam tempoh 4 tahun iaitu untuk satu penggal. Paling lama pun, pemimpin negara mereka hanya boleh memegang jawatan presiden selama 2 penggal.

 

Sangat berlainan dengan negara kita. Kalau Malaysia, Perdana Menteri yang sama sahaja memegang jawatan, malah paling lama adalah Tun Mahathir yang memegang jawatan PM selama 22 tahun.

 

Tampuk Pimpinan

Mari kita buat tinjauan lagi ke negara besar sana.

Lihat pada pemimpin mereka. Pemimpin mereka yang bersilih ganti pun terdiri dari parti yang berbeza. Ada yang dari parti demokratik, ada yang dari parti republik. Masing-masing parti dapat menjadi pemimpin disebabkan undian rakyat mereka.

 

Bagaimana pula dengan negara kita? Tampuk pemerintahan kita selama ini hanya satu sahaja. Tidak pernah berubah sejak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

 

Siapa Presiden?

Kita sambung kembali tinjauan kita.

Jika sebelum ini,  kitadapat lihat Barack Obama merupakan presiden pertama yang berkulit hitam berjaya meraih undi dari rakyat Amerika untuk menjadi pemimpin mereka. Amerika Syarikat tetap menjadi negara terbesar. Tetap gah juga.

 

Bagi pilihanraya 2016 ini pula, ikon dan jutawan terkaya iaitu Donald Trump berjaya mengalah wakil parti Demokratik iaitu Hillary Clinton, dan menjadi presiden US yang ke-45.

 

Kita lihat,

Trump berjanji akan menjadi presiden untuk semua golongan warganegara Amerika Syarikat serta mengajak rakyat bersama-sama membangunkan negara.

Trump turut berjanji akan mengembalikan US menjadi negara terkuat.

 

Mampukah beliau?

ir-sofian-akademi-jl-president-us-yang-ke-45

 

Kita lihat dan saksikan…

 

Salam Sayang,

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.