Pentingnya – Tahu. Faham. Yakin.
Dalam kelas, saya selalu tekankan kepada pelajar saya betapa pentingnya untuk belajar, belajar dan belajar. Supaya bukan sahaja tahu, malah memahami ilmu tersebut dan berpegang dengan yakin kepada ilmu itu betul-betul.
Bukan sekadar belajar dan tahu, tetapi tidak faham.
Kena tahu, kena faham dan kena yakin dengan ilmu yang dipelajari. Baru boleh menjadi trader yang bagus, bijak dan berjaya.
Lebih-lebih lagi tentang pengertian TREND yang sebenar.
.
.
‘Don’t Catch The Falling Knife’
Ini adalah satu peringatan kepada para trader atau investor di luar sana yang hendak membeli saham ketika ia jatuh! Pastikan beli pada waktu yang tepat. Jangan tersalah waktu masuk position.
Apa yang menjadi salahnya adalah apabila mereka beranggapan bahawa market telah lemah untuk turun lagi dan pada waktu itu mereka cuba mengambil peluang untuk membeli saham. Kononnya pada ketika itu market akan membuat rebounce.
Sedangkan pada masa itu, TREND masih lagi dalam keadaan menurun (bearish). Masih belum ada signal yang market akan naik semula. Ini lah yang selalu disalah tafsirkan oleh trader dan investor. Akhirnya mereka mengalami kerugian lagi apabila market turun dan turun lagi.
Jadi pada waktu bilakah yang sesuainya untuk kita beli saham? Bukankah sewaktu market sedang jatuh?
Ya.. Memang seeloknya beli pada waktu market sedang jatuh. Tapi bukan pada watu TREND sedang turun. Bila ada signal TREND berubah dari bearish kepada bullish, pada waktu ini lah baru anda masuk position buy.
Kalau tidak, anda umpama seperti di dalam gambar chart di bawah ini yang memberikan gambaran tentang situasi TREND yang dalam keadaan bearish dan pada masa yang sama, trader @ investor membeli saham dan kemudiannya market menyambung trend bearish lagi.
Terima kasih kepada student yang bertanya tentang ini, dan semoga ini akan menjadi iktibar kepada sahabat semua.
=========
Adakah mustahil untuk menjangka market ketika ‘perubahan’ TREND?
Jika cukup ilmu di dada, adalah tidak mustahil untuk predict gerak gaya mr market!
Salam Sayang,
Ir Sofian
Baru faham pasal trend..Dan masuk market bila bertukar trend..tq..ir