Zaman Dulu

Zaman Pak Cik dulu dapat 5B saja. Tak ada ‘A’ pun.

Tapi dulu bukan dipanggil UPSR lah. Apa nama examnya pun Pak Cik dah tak ingat dah.
.

.

Kepada Anak-anak UPSR

Nota ini Pak Cik nak sampaikan kepada anak-anak ye.

Emak bapak budak pun boleh bacakan kat anak-anak nanti

 

Nota BANGUN dari kegagalan UPSR

Adik-adik (ehhh feeling muda pula Pak Cik ni. .haha  Jangan kecam saya )

Anak – anak…..

Jangan sedih.. Kalau tak dapat score 6A pun tak apa. Dapat 5A ke, 4A ke,  3A ke, 2A ke, walaupun 1A pun tak apa.

 

Kalau dapat macam pakcik ni 5B  dalam UPSR pun tak apa. (Exam masa pak cik dulu darjah 5 kalau tak silap, sorrylah pak cik dah lupa 😰😰😰, dah tua anak)

Masa pak cik dulu kannnnn… Pak cik tak tahu pun bila exam. Tahu-tahu je tetiba result dah keluar. Lagi kes naya kan!

 

Tapi bila tengok emak ayah nangis, kawan-kawan semua happy dapat ‘A’ walau pun 3A, Pak cik terasa jugak hati. Yelah.. Siapa tak sedih kan!

Bila orang nak tengok result kita, tetiba terasa kawan-kawan macam mencemek mengejek muka kat kita (Walau pun diorang tak buat macam tu pun). Jadi Pak cik faham perasaan awak.

 

Tapi pak cik ingat, Pak cik letakkan azam pada diri pak cik yang pak cik akan belajar bersungguh-sungguh untuk SRP.

 

Awak kena ingat anak!

Kejayaan masa depan adalah bermula dari usaha kita hari ini. Mungkin usaha awak sebelum ini dah kuat dan struggle habis dah. Tapi maybe strategi nak jawab soalan tak berapa nak kena.

 

Mungkin strategi dah ok dah. Tapi dasar kerajaan yang tukar sistem peperiksaan yang menjadikan awak mangsa keadaan.

 

So, jangan sedih ehhhh. Selepas dari kuatkan azam, Pak cik nak awak letakkan matlamat kerja yang menjadi cita-cita awak untuk merangsang awak usaha lebih kuat lagi eh.

 

Motivasi Diri

Nanti anak ambil 1 kertas kosong…

Tulis dengan suara hati yang kuat. Bukan dengan tulisan yang kuat, Kang tak pasal-pasal tembus kertas tu nanti 😉

Awak cakap dalam hati dan awak tulis kat kertas tu berapa awak nak score dalam SRP. Eh PT3, sorry tersasul pak cik. Almaklumlah, asyik bertukar saja nama. Dari SRP, jadi PMR, sekarang PT3 pula.

 

Untuk PT3 lagi 3 tahun awak nak exam dah. Lepas tu cakap pada emak ayah awak. Tak kisahlah apa panggilannya, Papa Mama Mami Daddy what ever awak sebut nama your parents. Cakap yang next exam awak berazam nak bangkit semula. PT3 awak akan dapat result yang cemerlang.

 

Lepas tu terus mintak emak ayah janji! Janji yang dia orang nak bagi hadiah apa. (Emak ayah jangan kecam saya eh, budak-budak sukakan hadiah. So berilah sokongan pada dia orang eh)

 

Ingat anak !

Awak seorang yang HEBAT !

Bisik pada diri awak sendiri , SAYA SEORANG YANG HEBAT!

 

Saya nak jadi Professional Engineer macam Ir Sofian !!!
(Contoh aje untuk motivasi)

ir-sofian-akademi-jl-perbezaan-peratusan-result-upsr-tahun-2015-dan-2016

#mood nak pujuk hati cikgu , ibu bapa dan anak-anak yang baru menatap result UPSR semalam)

Moga bermunafaat kepada sahabat semua
#irsofian.com
‘ Anak kampung yang pernah gagal ‘

Ir Sofian

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.