Setiap orang mempunyai rezekinya yang tersendiri. Tidak kira yang halal mahupun yang haram, dia hanya akan dapat rezeki yang Allah telah tetapkan buatnya.

Namun begitu, bagaimana rezeki yang diperolehi itu mampu membawa keberkahan dalam hidup kita?

 

Kunci yg Pertama : Istighfar

 

ir-sofian-akademi-jl-kelebihan-beristighfar

 

Dalam mendapatkan keberkatan dan keberkahan di dalam rezeki yang diperolehi, kita haruslah sentiasa beristighfar memohon keampunan daripada Allah s.w.t.

 

Sebab apa?

 

Sebab kita tidak tahu jika sepanjang mencari rezeki, adakah kita ada melakukan perkara-perkara yang membuatkan rezeki kita ini tidak diberkahi.

 

Kerana setiap orang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Maka keampunan daripadaNya amat diperlukan supaya hidup kita diberkati.

 

Tahukah anda mengapa pentingnya mendapatkan rezeki yang berkah?

 

Sebenarnya sangat penting bagi kita memperoleh rezeki yang berkah kerana dari rezeki yang berkah, hidup kita akan lebih aman. Hati kita akan lebih tenang.

 

Beristighfar juga mampu mengeluarkan kita dari kesempitan hidup. Segala yang susah akan menjadi senang. Segala yang sukar akan menjadi mudah. Segala yang sempit akan menjadi lapang.

 

Maka, janganlah lidah kita berhenti dari beristighfar, memohon agar Allah berikan jalan rezeki yang terbaik buat diri kita.

 

Sepertimana firman Allah di dalam Surah Nuh, ayat 10 – 12 di dalam gambar di bawah:

ir-sofian-akademi-jl-surah-nuh-ayat-10-12

Maka, mengapa kita tidak mengikuti sahaja suruhannya.

 

Bukankah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pemberi Rezeki. Mohonlah keampunan daripadanya. Nescaya Dia akan memberikan rezeki kepada kita kerana janji Allah itu pasti.

 

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.