Setiap orang mempunyai rezekinya yang tersendiri. Namun, bagaimana rezeki yang diperolehi itu mampu membawa keberkahan dalam hidup kita?
Kunci yg Ketiga: Bertawakal
Mengapakah dengan bertawakal mampu menjadikan rezeki yang kita perolehi berkah?
Di dalam melakukan setiap pekerjaan, kita perlulah berusaha sepenuh hati untuk mencapai matlamat yang dihajati. Kerana tanpa usaha yang jitu, mustahil bagi kita untuk mendapatkan apa yang kita ingini.
Cukupkah sekadar usaha sahaja?
Tidak!
Disebalik usaha yang kita berikan, kita juga perlu berdoa kepada Allah s.w.t. dan memohon kepadaNya agar Dia mempermudahkan segala urusan kerja kita dan selebihnya kita bertawakal kepadaNya.
Tawakal adalah rasa pasrah hamba kepada penciptanya yang disertai dengan usaha yang gigih untuk menunaikan segala perintahNya.
Selain itu, dengan bertawakal juga akan membuatkan kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diperolehi dan sanggup menerima dengan ikhlas segala kegagalan.
Oleh itu, kita sematkan di dalam hati kita, segala apa yang berlaku ada hikmahnya.
Apabila kita bertawakal, kita menyerahkan segalanya kepada Allah. Maka Allah akan mencarikan jalan keluar buat kita dan mencukupkan segalanya. Sepertimana firmanNya di dalam Surah At-Talaq, ayat 2-3:
Oleh itu, dengan bertawakal, kita menyerahkan rezeki kita sepenuhnya kepada Allah. Ditambah dengan segala usaha yang kita sudah lakukan, maka Allah akan tunaikan janjiNya pada hambanya dengan memberikan rezeki yang halal dan berkah dari pelbagai sudut.
Justeru, sebagai umat Islam, kita wajib bertawakal kepadaNya dalam setiap apa yang kita lakukan. Semua ini adalah bagi mendapatkan keredhaan Allah di dalam setiap perbuatan kita di bumi ini.