Nak Buka Bisnes Sendiri?
Hari ini saya lihat ramai anak muda berlumba-lumba menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Mungkin kerana adanya hadis yang sangat popular (hadis dhaif) yang menyatakan 9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan.
Sememangnya dengan berbisnes mampu mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi sekarang yang semakin membimbangkan.
Namun, jika nak memulakan perniagaan banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Bukan boleh main sapu sahaja semuanya.
Ilmu tentang asas tentang perniagaan perlu dihadam dahulu.
Kali ni, saya nak bagi anda FREE-FREE aje ilmu tentang nak mulakan bisnes ni. Ambil tips-tips ni, dan hadamkan betul-betul. Kalau anda rasa anda sudah hadam dan faham, nak mulakan bisnes apa pun, mulakanlah.
Tapi, jangan pernah berputus asa untuk terus menimba ilmu. Semoga bisnes anda semua sukses.
Tips 1: Jangan Menyewa Kedai
Satu perkara yang anda perlu fikirkan sedalam-dalamnya sebelum memulakan bisnes anda. Adakah berbaloi untuk anda menyewa kedai untuk bisnes anda?? Adakah bisnes anda mampu mendapatkan keuntungan yang mampu menanggung sewa kedai anda??
Mentaliti orang kita, asal nak berniaga aje, nak buka kedai. Asal nak buat bisnes aje fikir dah nak beli kedai kat mana. Sebenarnya, and atak seharusnya berfikiran begini, lebih-lebih lagi zaman sekarang dah maju dengan teknologi dan rangkaian atas talian.
Jangan fikir kalau nak anda buka bisnes aje nak kena ada kedai. Janggan anggap kedai tu yang wajib. Ada lagi perkara yang lebih penting untuk anda fikirkan iaitu apa yang anda ingin niagakan. Produk atau perkhidmatan??
Saya selalu melihat gelagat orang kita ni. Nak bisnes aje terus buka kedai. Tapi belum tentu lagi bisnes apa. Janji dah ada kedai, senang nak niaga katanya. Sebenarnya ini adalah cara perancangan yang salah.
Cuba anda fikir balik. Apa tujuan anda nak buka bisnes?? Anda nak dapatkan keuntungan kan? Anda nak tambahkan income anda kan! Jadi, kenapa perlu memikirkan cara yang hanya akan menyebabkan anda kecundang di awal permulaan?
Zaman sekarang ni dah tak macam zaman saya dulu-dulu. Sewa kedai aje dah mahal. Kedai tingkat atas pun dah cecah lebih dari seribu. Belum lagi mula berniaga dah nak kena bayar deposit beberapa bulan. Betul kan!
Lebih-lebih lagi anda baru aje nak menapak memulakan bisnes. Jadi tak jadi bisnesnya pun belum tahu lagi. Cuba anda bayangkan, kalau bisnes yang anda jalankan tidak berapa mendapat sambutan, duit sewa kedai tetap nak kena bayar. Macam mana anda nak bayar? Dah fikirkan jalannya?
Dah tak pasal-pasal anda sendiri akan mengalami kerugian akibat tidak mampu nak bayar sewa kedai. Tak mampu nak pusing balik modal. Dan akhirnya kedai terpaksa ditutup.
Kalau boleh, saya tak nak anda lalui perkara sebegini. Biarlah kita bermula dari bawah. Untuk peringkat permulaan, anda boleh buat bisnes dari rumah. Zaman sekarang ni dah zaman Millenia. Orang semua banyak beli barang atau perkhidmatan secara atas talian aje sebab mudah dan cepat.
Anda boleh guna rangkaian media sosial seperti facebook, instagram, whats app untuk mempromosikan bisnes anda. Tapi, kalau anda nak bisnes anda meletop macam bisnes Che Ta, haa..Anda nak kena ambil ilmu marketing lah. Itu bahagian lain.
Apa pun, tak semestinya anda nak kena menyewa kedai jika anda nak mulakan bisnes. Hadamkan betul-betul!
Tips 2: Jangan Buat Loan Bank
Selain daripada soal sewa kedai, anda juga harus fikirkan masak-masak dari mana anda nak dapatkan modal untuk memulakan bisnes anda. Ramai orang nak bisnes, tapi mereka ada masalah dari segi modal. Modal kecil, modal tak cukup, tak ada modal, macam-macam lagi lah.
Akhirnya, jalan penyelesaian yang mudah diambil. Mereka buat pinjaman dari bank. Bagi saya, jika anda ingin memulakan bisnes adalah lebih baik anda tidak membuat pinjaman di bank. Hal ini kerana ini adalah bisnes pertama anda. Bagaimana anda nak bayar balik pinjaman jika tiba-tiba perniagaan anda tidak menjadi?
Bukan saya nak anda berfikiran positif, tapi anda kena berpijak di bumi yang nyata. Bagi saya, sebaiknya anda mulakan dengan modal di tangan anda. Tak apa mulakan dari kecil-kecilan. Jangan asyik nak fikir nak untung besar, jadi nak buka bisnes besar-besar.
Tapi fikirkan macam mana anda nak cambahkan modal and amenjadi besar dahulu. Macam saya katakan tadi, mulakan dari bawah. Buat bisnes kecil-kecilan yang membolehkan anda membesarkan modal anda.
Ia adalah lebih baik daripada anda meminjam dari bank. Nak buka bisnes ni bukan semudah 1 2 3!. Kadang-kadang, anda dah okey, tapi ada pula orang sekeliling yang mengambil kesempatan ke atas anda. Lagi-lagi anda tak ada ilmu dan pengalaman.
Macam saya cakap, zaman ni dah lain. Bukan setakat trend perniagaan dah berubah. Malah, bermacam-macam orang yang wujud. Ada juga jenis yang suka menipu demi mendapatkan wang cara mudah. Konon ada bisnes bagus, join lah. Tahu-tahu anda ditipu. Konon boleh carikan supplier lebih murah. Nak bayar itu ini dulu, rupa-rupanya supplier pun tak ada.
Jadi, jika tadi anda hanya menggunakan wang anda, sekurang-kurangnya anda selamat. Kalau anda meminjam, bagaimana anda nak membayar balik pinjaman anda??
Tips 3: Jangan Pilih Produk Yang Susah Dijual
Seeloknya, pada awal perniagaan anda fikirkan barang apa yang anda ingin niagakan. Kalau boleh, biarlah produk tersebut mudah untuk dijual. Orang kata jenis produk yang 'hot' dan ‘sold out'. Bukan apa, bagi anda yang baru nak mula berbisnes ni, produk yang mudah dijual ni akan mempercepatkan hasl keuntungan anda.
Selain anda dapat untung, anda juga mendapat semangat serta energy baru apabila melihat hasil jualan anda meningkat. Betul tak? Biarpun margin keuntungan anda sedikit aje, tetapi jika ianya mudah dijual dan sangat laku dan laris, secara tak langsung ia memang dapat menaikkan semangat anda untuk teruskan bisnes anda.
Memang sangat berbeza berbanding anda jual benda yang susah laku. Cuba anda banyangakan apabila anda melihat barang anda tidak laku, bisnes anda tak berapa jalan, apakah anda akan punya semangat lagi?? Mesti semangat berbsisnes anda akan merundum.
Inilah pentingnya untuk anda memilih produk yang bersesuaian. Biar mudah terjual, popular, laku keras, memang produk rebutan. Baru syok anda nak bisnes kan!
Tips 4: Jangan Songlap Duit Syarikat Sendiri
Haa.. Tips yang ni sangat penting. Tak boleh nak buat main-main sebab ia juga menjadi penentu bisnes anda berjalan dengan baik atau tidak.
Perlu anda ingat apabila anda membuka syarikat anda sendiri, wang syarikat adalah milik syarikat biar pun syarikat tersebut adalah milik anda. Kena fahamkan tu betul-betul! Sebab bila ada yang tak faham, buat wang syarikat macam wang sendiri, haa.. ni yang buat hancus bisnes aje.
Bukan main susah nak setup bisnes, tapi nak meleburkannya kejap aje. Salah langkah aje dah bungkus. Sebab tu saya nak anda hadamkan betul-betul perkara ni. Jangan dibuat dan jangan sengaja dibuat!
Apa yang penting sangat tu??
Jangan biasakan diri anda menggunakan wang keuntungan syarikat untuk beli barang anda sendiri. Secara tidak langsung, anda umpama merompak atau menyonglap wang syarikat anda.
Saya melihat, ramai peniaga melayu yang selalu melakukan perkara seperti ini. Buka bisnes, ada untung aje, terus ambil wang tersebut untuk tujuan sendiri dan akhirnya duit bisnes tu habis dan tak boleh nak pusing modal. Akhirnya mereka menemui kegagalan. Inilah kesilapan besar yang sepatutnya anda tidak lakukan.
Apa yang sepatutnya anda lakukan adalah seeloknya anda asingkan siap-siap duit keuntungan syarikat, duit pusing modal dan duit gaji anda sendiri. Ya... Anda kena asingkan! Kalau anda nak guna duit, gunakan wang gaji anda. Bukan wang syarikat.
Kemudian, anda harus rekodkan kesemuanya di dalam akaun syarikat. Biar ada cashflow duit keluar masuk. Jadikan syarikat anda sistematik, barulah bisnes anda boleh maju. Anda tahu kemana hala tuju wang tersebut.
Tips 5: Jangan Hilang Fokus Terhadap Bisnes
Apabila anda sudah mempunyai bisnes sendiri, teruskan fokus anda kepada perniagaan anda. Jangan mula hilang fokus kerana ramai orang di luar sana yang gagal kerana mula hilang fokus. Jangan kata dalam bisnes, dalam apa pun yang anda lakukan, kalau anda nak yang terbaik, anda kena berikan fokus sepenuhnya.
Pernah tak anda terfikir apabila bisnes anda dah maju, anda ingin mencuba cabang atau bisnes lain? Jangan pernah berfikiran begini! Sebabnya ini jugalah yang akan menyebabkan anda hilang fokus terhadap bisnes asal anda.
Apabila anda mencuba cabang lain, in ibermakna anda seperti memulakan bisnes baru dan anda perlu jalani kesemuanya dari awal lagi. Jika cabang bisnes tersebut tidak serasi dengan anda? Atau anda tidak mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bisnes tersebut?
Apabila anda menambahkan bisnes lain, secara tak langsung anda akan mula hilang fokus terhadap bisnes prtama anda. Dari sini lah anda akan mula kurang agresif melakukan promosi seperti masa mula-mula nak naik dahulu. Anda akan kurang berikan layanan kepada pelanggan anda sebab fikirananda lebih terjerumus pada cabang lagi satu. Akhirnya customer anda pun lari.
Apa yang saya cakap ni bukan perkara yang main-main. Ia memang betul-betul terjadi. Memang lumrah perniagaan begini. Siapa yang selalu buat promosi, siapa yang bagi layanan first class, memang customer akan suka.
Sebab tu anda perlu faham, nak naikkan bisnes ni bukan mudah. Anda perlu habiskan masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya untuk menaikkan dan mengembangkan bisnes anda. Tetapi nak jatuhkannya memang sangat mudah. Sebab tu lah anda tak boleh hilang fokus dalam bisnes anda!
Tips 6: Jangan Cuba Memenuhi Kepuasan
Tips yang ni pun penting juga sebab ia berkait rapat dengan cara bagaimana anda mengawal nafsu anda apabila bisnes syarikat anda sudah mula stabil dan kewangan anda juga sudah mulai kukuh. Akan ada satu sifat dalam diri anda yang anda inginkan itu, inginkan ini.
Semua ini sebab anda sudah ada duit. Anda dah nampak hasil keuntungan bisnes anda. Jadi mesti anda kan ada perasaan inginkan sesuatu yang lebih besar dan mahal.
Apa yang saya boleh nasihatkan ialah janganlah anda cuba-cuba untuk memenuhi kepuasan anda. Kalau setakat anda nak reward diri anda sekali sekala, itu tak apa. Tapi, jangan sampai anda mula gelap mata dengan nafsu anda yang inginkan rumah besar, kereta mewah, barang-barang branded dan sebagainya kerana ini adalah permulaan diri anda diuji.
Anda tengok orang beli kereta baru, anda pun nak beli kereta baru. Anda tengok orang lain beli rumah banglo harga juta-juta. Anda pun nak beli juga sampaikan ambil loan pun tak kisah. Asalkan dapat. Anda tengok orang pakai barang-barang berjenama, anda pun nak show off dengan barang berjenama. Inilah punca kejatuhan bisnes anda.
Selalunya orang yang gagal mengawal kepuasan mereka ini akan mengalami kegagalan. Sebab apa? Apabila wang syarikat semakin berkurangan dan syarikat menanggung hutang loan bank yang banyak, bagaimana anda nak recovery balik kesemua hutang dan pusing modal bisnes anda?? Fikirkan betul-betul. Bukankah ini hanya akan menyebabkan anda terpaksa bermula semula dari bawah untuk menaikkan balik syarikat anda? Bagaimana pula dengan hutang? Boleh jadi anda terpaksa menanggung hutang bertahun lamanya.
Kerja mudah aje saya bagi. Lepas ni, anda kaji balik apa yang membuatkan orang yang berjaya ni berjaya dalam bisnes mereka. Satu ni aje. Anda akan dapati jawapannya, mereka ni cuba menahan kepuasan mereka dalam tempoh tersebut sehingga bisnes mereka benar-benar sukses.
Tak susah sebenarnya nak kawal diri. Anda hanya perlukan kekuatan dari dalam untuk terus bertahan. Tapi cuba anda bayangkan setelah anda berjaya nanti, mesti anda rasa manisnya kejayaan tersebut.
Tips 7: Timba Pengalaman Sebelum Berbisnes
Jika anda ingin memulakan bisnes, seeloknya anda menimba dahulu pengalaman bisnes tersebut. Bak kata orang berkuli dahulu.
Jika anda ingin membuka bisnes kedai jamu, anda kerja dahulu dikedai jamu. Belajar dahulu selok-belok perniagaan, bagaimana menguruskan stok, di mana nak cari stok yang murah, dan macam-macam lagi. Baru anda boleh mulakan bisnes sendiri.
Sama juga jika anda nak buka bengkel kereta atau car wash. Anda ambil dahulu pengalaman dengan bekerja dengan tauke-tauke ni.
Sebab apa? Sebab pengalaman itu penting. Anda dapat tahu selok-belok perniagaan bermula dari pengalaman tersebut. Anda juga akan dapat tahu apa masalah yang bakal anda hadapi dan macam mana jalan penyelesaiaannya. Semuanya dari pengalaman yang anda timba sebelum berbisnes.
Sekurang-kurangnya dari situ anda boleh membuat kajian dan timbang tara nak mulakan bisnes tersebut atau tidak.
Tips 8: Ubah Mindset Makan Gaji Kepada Mindset Usahawan
Bukan mudah untuk memulakan perniagaan sendiri. Anda memerlukan minda yang positif dan minda yang mampu menahan segala tekanan dan cabaran. Jika anda berfikir seperti minda orang biasa, anda tidak akan berjaya. Anda perlu berfikir seperti minda seorang jutawan, seorang usahawan. Berfikir sebagai minda seorang majikan, bukan minda orang makan gaji.
Anda perlu hadam betul-betul bagaimanakah minda seorang usahawan ini kerana hanya minda usahawan sahaja mampu menahan segala cabaran, halangan, dugaan dan tekanan di dalam perniagaan.
Minda mereka ini tidak akan mudah mengalah dan selalu memikirkan apa yang perlu dilakukan bagi menaikkan dan mengembang bisnes mereka.
Bertukarlah kepada minda majikan dan bertindaklah seperti usahawan berjaya.
Jika anda turuti kelapan-lapan tips di atas, insyaallah.. Anda akan dapat memulakan bisnes dengan baik kerana ilmu telah disematkan di dada.
Jangan pernah berhenti mencari dan menggali ilmu bisnes kerana ianya akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa mengikut peredaran waktu.
Anda juga boleh Klik SINI!
Jangan lupa SHARE tau..