Setiap orang mempunyai rezekinya yang tersendiri. Namun, bagaimana rezeki yang diperolehi itu mampu membawa keberkahan dalam hidup kita?
Kunci yg Keempat: Silaturrahim
Apakah itu silaturrahim?
Kita sering mendengar perkataan silaturrahim, tapi tahukah kita apa maksud sebenarnya?
Secara amnya, maksud silaturrahim adalah kita berbuat baik kepada kaum kerabat kita mengikut kemampuan dan keadaan diri kita samada baik berupa infak, sedekah, menyebarkan salam, berziarah atau membantu keperluan mereka.
Manakala, secara keseluruhan, silaturrahim ini adalah memberikan yang terbaik kepada orang lain sesuai dengan kemampuan kita.
Namun, bagaimana silaturrahim ini dapat menjadikan rezeki yang kita perolehi berkah?
Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturrahim.” -Hadith Riwayat Bukhari & Muslim-
Silaturrahim adalah aktiviti hati dan fizikal. Oleh itu, rezeki yang luas itu boleh datang dengan pelbagai cara dari pelbagai sudut yang tak disangka-sangka kerana Allah itu Maha Pemberi Rezeki.
Oleh itu, dengan menyambungkan silaturrahim, Allah akan luaskan rezeki kita lagi dan memanjangkan umur kita. Sudah tentu rezeki yang Allah berikan lebih suci dan berkah.
Maka, siapa kita untuk mempersoalkan lagi berkahkah rezeki dengan silaturrahim?