Setiap orang mempunyai rezekinya yang tersendiri. Namun, bagaimana rezeki yang diperolehi itu mampu membawa keberkahan dalam hidup kita?
Kunci yg Kelima: Berinfaq
Apakah maksud infaq? Biasakan kita dengar perkataan ini?
Perkataan Infaq berasal dari bahasa Arab iaitu ‘anfaqa’ yang beerti mengeluarkan sesuatu (harta) untuk digunakan bagi kepentingan orang ramai.
Menurut Istilah pula, Infaq adalah mengeluarkan sebahagian harta atau pendapatan untuk kepentingan yang diperintahkan ajaran islam. Infaq dikeluarkan oleh setiap orang yang beriman, tidak kira kaya atau miskin dan diberikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
Bagaimanakah dengan berinfaq mampu menjadikan rezeki yang kita perolehi berkah? Apakah yang menjadikan ia ini kunci kepada rezeki yang diberkati?
Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. telah berfirman bahawasanya barang siapa yang menginfaqkan apa pun dari rezekinya kepada orang lain, Allah akan menggantikannya dengan rezeki yang lebih baik.
Diulangi. Yang Lebih Baik!
Siapa kita untuk menyangkal rezeki yang Allah berikan itu lebih baik?
Maka, rezeki yang Allah berikan adalah lebih baik, suci dan berkah.
Oleh sebab itu, jika kita selalu berinfaq, memberi sedekah kepada yang memerlukan, dan tidak kedekut untuk berkongsi rezeki yang kita perolehi, secara tidak langsung kita juga sudah mensucikan harta kita, rezeki kita.
Sudah semestinya setiap yang baik itu ada tata tertibnya. Jadi, bagaimanakah cara untuk kita berinfaq untuk peroleh rezeki yang berkah ini?
- Bak kata pepatah, tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri.
- Tidak mengheboh-hebohkan pemberian kita kepada orang lain.
- Tidak menyakiti hati orang yang kita tolong dengan mengejek atau menghina
- Tidak selalu mengungkit-ungkit pertolongan yang diberikan
- Berikan sesuatu yang baik dan yang kita sukai
- Memberikan sesuatu dari hasil usaha yang baik dari bumi
- Tidak memilih yang buruk-buruk untuk diinfaqkan
Berinfaqlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah itu maha Mengetahui walau sekelumit di dalam hati.
Semoga rezeki yang kita perolehi berkah dan Halaalan Toyyiban..