Setiap orang mempunyai rezekinya yang tersendiri. Namun, bagaimana rezeki yang diperolehi itu mampu membawa keberkahan dalam hidup kita?

 

Menafkahi Penuntut Ilmu Agama

 

Bagaimanakah dengan hanya menafkahi penuntut ilmu agama kita mampu mendapatkan rezeki yang berkah?

ir-sofian-akademi-jl-bersedekah-kepada-para-penuntut-ilmu-agama

 

Siapakah penuntut ilmu agama?

 

Penuntut ilmu agama ini adalah orang yang menuntut ilmu di jalan Allah. Orang yang menuntut ilmu agama Islam.

 

Kerana bagi Allah, urusan agama adalah lebih mulia daripada urusan dunia. Sepertimana menuntut ilmu itu adalah kewajiban bagi setiap muslim.

 

Maka, jika kita tidak mempunyai waktu untuk menuntut ilmu, tidak salah untuk kita bantu orang lain menuntut ilmu.

 

Anas bin Malik pernah menceritakan dalam sebuah hadith.

“Dahulu ada dua orang saudara pada masa Rasulullah s.a.w.. Salah seorang daripadanya mendatangi Nabi dan (saudaranya) yang lain bekerja. Lalu saudaranya yang bekerja itu mengadu kepada Nabi (tentang saudaranya yang satu itu) maka beliau bersabda: Mudah-mudahan engkau diberi rezeki dengan sebab dia.” (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

 

Faham kah anda tentang hadith di atas?

 

Ia mengisahkan tentang ketidakpuasan hati orang yang bekerja terhadap saudaranya yang menuntut ilmu agama sahaja. Dan dia pula terpaksa memberi nafkah kepada saudaranya itu sedangkan saudaranya tidak bekerja dan hanya menuntut ilmu.

 

Namun, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa mungkin rezeki yang dia dapat hasil bekerja adalah dengan sebab dia menafkahi saudaranya yang menuntut ilmu itu dan bukan atas sebab pekerjaannya.

 

Oleh itu, jika kita menafkahi penuntut ilmu agama, Allah akan lapangkan rezeki kita seluas-luasnya dan sudah pasti di setiap rezeki yang Allah berikan dilimpahi dengan berkah dariNya.

 

 

ir-sofian-akademi-jl-syurga-buat-penuntut-ilmu

Dapatkan Ebook

'Knowledge Trading Version 2' Sekarang!

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

Ir Sofian will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.