Setiap orang mempunyai rezekinya yang tersendiri. Namun, bagaimana rezeki yang diperolehi itu mampu membawa keberkahan dalam hidup kita?
Berbuat Baik Kepada Orang Miskin & Lemah
Salah satu kunci untuk mendapatkan rezeki yang berkah adalah dengan berbuat baik kepada orang yang miskin dan lemah di sekeliling kita.
Dengan membantu golongan ini, kita akan sentiasa lebih bersyukur kerana mempunyai kehidupan yang lebih baik daripada insan yang lemah.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Carilah keredhaanku dengan berbuat baik kepada orang-orang lemah antara kalian kerana kalian diberi rezeki dan ditolong disebabkan orang-orang lemah di antara kalian”
Kenapa Rasul kita berkata demikian?
Kerana barang siapa yang berusaha mendapatkan keredhaan Rasulullah s.a.w. dengan berbuat baik kepada orang miskin dan lemah, Allah pasti akan menolongnya dari para musuh dan memberinya rezeki.
Berdasarkan hadith Bukhari, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Bukankah kalian ditolong dan diberi rezeki kerana orang-orang lemah d antara kalian?”
Oleh itu, untuk mendapatkan rezeki yang berkah, kita haruslah membantu dan menolong orang yang miskin dan lemah antara kita.